Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demam

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
basai[bA.sAj]kata adjektifberkenaan muka yang pucat dan sembap kerana banyak tidur atau demam.Dia nampak basai saja lepaeh demam.[di.jA nAm.pA/ bA.sAj sA.dZA l«.pAEh d«.mAm]Dia kelihatan pucat sahaja selepas demam.
nyeh[øEh]kata kerjamenghembuskan hingus melalui hidung (biasanya dengan menutup sebelah lubang hidung dengan jari atau sapu tangan).Dia demam sesema, pasai tu la dia dok nyeh hingueh sampai merah idong.[di.jA d«.mAm s«.s«.mA pA.sAj tu lA di.jA do/ øEh hi.Nueh sAm.pAj m«.ÒAh i.doN]Dia demam selesema, sebab itu dia terpaksa membuang hingusnya berkali-kali sehingga merah hidungnya.
melanuih[m«.lA.nuih]kata adjektiflambat sembuhnya (kronik), sakit yang berpanjangan.Demam dia melanuih badan dia hak tegap dulu la ni jadi kuruih.[d«.mAm di.jA m«.lA.nuih bA.dAn di.jA hA/ t«.gAp du.lu lA ni dZA.di ku.Òuih]Demamnya kronik, sebab itulah tubuhnya yang gemuk itu sekarang ini menjadi kurus.

Kembali ke atas