Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; me­nambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; men­jerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (ke­cocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan ber­bincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(745)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. gerudi, alat penebuk lubang, penggerek.Tukang kayu tebok lubang kat papan pakai gremit.[tu.kAN kA.ju t«.bo/ lu.bAN kAt pA.pAn pA.kAj gÒ«.mit]Tukang kayu itu menebuk lubang di papan dengan dengan menggunakan gerudi
   2. makan dengan memasukkan makanan dengan sebanyak-banyaknya dalam mulut (biasanya dengan rakus dan pantas).Dia polok nasik tu sat saja abeh sepinggan bak.[di.jA p.l/ nA.si/ tu sAt sA.dZA A.bEh s«.piN.gAn bA/]Dia memakan nasi itu begitu pantas sehingga habis sepinggan penuh.
beberan-beran[b«.b«.ÒAn.b«.ÒAn]kata adjektifmembawa barang dengan banyak dengan menggunakan semua anggota seperti membimbit, mengepit, memikul dan menjunjung sekali gus.Balek dari pasar tani nampak hang bawa barang beberan-beran[bA.le/ dA.Òi pA.sAr tA.ni nAm.pA/ hAN bA.wA bA.ÒAN b«.b«.ÒAn.b«.ÒAn]Saya nampak awak membawa barang dengan banyaknya sewaktu balik dari pasar tani.
jerembap[dZ«.Ò«m.bAp]kata kerjaterserempak, bertembung, bersua dengan tidak diduga, berjumpa dengan tidak disangka-sangka (manusia, binatang dan lain-lain); jeromoh.Hang tau dak, aku jerembap dengan pak belang masa aku menebaeh kebon pagi tadi.[hAN tAw dA/ A.ku dZ«.Ò«m.bAp d«.NAn pA/ b«.lAN mA.sA A.ku m«.n«.bAEh k«.bon pA.gi tA.di]Engkau tahu tidak, aku terserempak dengan harimau sewaktu aku menebas di kebun pagi tadi.
   3. melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (biasanya dengan tujuan mengejar waktu); pulun.Besok depa nak ambek baju, malam ni dia kampoi jaet sampai siap.[bE.so/ d«.pA nA/ Am.be/ bA.dZu mA.lAm ni di.jA kAm.poi dZAet sAm.pAj si.jAp]Besok mereka hendak mengambil baju, oleh itu malam ini dia menjahitnya bersungguh-sungguh sehingga siap.
   2. melihat dari jauh dengan bersungguh-sungguh (supaya nampak dengan jelas).Penembak tu dok perati gagak hak hinggap kat dahan tu betoi-betoi bagi dia senang perembang dengan senapang dia.[p«.nEm.bA/ tu do/ p«.ÒA.ti gA.gA/ hA/ hiN.gAp kAt dA.hAn tu b«.toj.b«.toj bA.gi di.jA s«.nAN p«.Ò«m.bAN d«.NAn s«.nA.pAN di.jA]Penembak itu sedang memerhati gagak yang hinggap di dahan itu bersungguh-sungguh supaya dapat ditenang dengan senapangnya.
heliaq[hE.li.jAâÖ]kata kerjamembuang atau membersihkan kekotoran (di anggota badan) dengan cara mengesat (dengan tangan, tisu dan lain-lain).Aku tengok budak tu heliaq hinguih dia pakai lengan baju dia.[A.ku tE.N/ bu.dA/ tu hE.li.jAâÖ hi.Nuih di.jA pA.kAj l«.NAn bA.dZu di.jA]Aku lihat budak itu mengesat hingusnya dengan lengan bajunya.
pulun[pu.lun]kata adjektifmelakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (biasanya dengan tujuan mengejar waktu); kampoi II.Dia pulun baca buku nak paih pereksa.[di.jA pu.lun bA.tSA bu.ku nA/ pAih p«.ÒE/.sA]Dia bersungguh-sungguh membaca buku kerana hendak lulus periksa.
kerunaeh[k«.Òu.nAEh]kata kerjamenggaru atau mengopek dengan cara yang perlahan dengan hujung jari; kerumit.Dia kerunaeh kerupin kude dia itu sampai bedarah.[di.jA k«.Òu.nAEh k«.Òu.pin ku.dE di.jA itu sAm.pAj b«.dA.ÒAh]Dia mengopek keruping kudisnya itu sehingga berdarah.
dada ayam[dA.dA A.jAm] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras jawi, gula, santan didadar dalam kuali dan dihias dengan bertih, dimakan dengan kuah lemak manis.   
12345678910...

Kembali ke atas