pulun | [pu.lun] | kata adjektif | melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (biasanya dengan tujuan mengejar waktu); kampoi II. | Dia pulun baca buku nak paih pereksa. | [di.jA pu.lun bA.tSA bu.ku nA/ pAih p«.ÒE/.sA] | Dia bersungguh-sungguh membaca buku kerana hendak lulus periksa. |
not II | [nt] | kata tugas | kosong (contoh darjah not sama dengan darjah kosong) (kata bilangan). | Anak hang tu baru darjah not, tentu la tak pandai baca lagi. | [A.nA/ hAN tu bA.Òu dAÒ.dZAh nt t«n.tu lA tA/ pAn.dAj bA.tSA lA.gi] | Anak engkau itu baharu masuk tahun pertama, tentulah belum mahir membaca lagi. |
ganteh II | [gAn.teh] | kata kerja | mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; banah I. | Mokalu nak boh pelapek kat tiang tu kita kena ganteh tiang dengan kayu hak kuat. | [m.kA.lu nA/ boh p«.lA.pe/ kAt ti.jAN tu ki.tA k«.nA gAn.teh ti.jAN d«.NAn kA.ju hA/ ku.wAt] | Kalau hendak memasang pelapik, kita mesti mengungkil tiang dengan menggunakan kayu yang keras. |
bantot II | [bAn.tot] | kata kerja | menempel ramuan tertentu pada bisul supaya cepat masak dan pecah. | Mokalu mau bagi bisoi cepat masak, hang kena bantot dia dengan kapoq campoq misan lebah. | [m.kA.lu mAw bA.gi bi.soj tS«.pAt mA.sA/ hAN k«.nA bAn.tot di.jA d«.NAn kA.pâÖ tSAm.pâÖ mi.sAn l«.bAh] | Jika kamu hendakkan bisul cepat masak dan pecah, tempelkannya dengan campuran kapur dan manisan lebah. |
banah | [bA.nAh] | kata kerja | 1. mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; ganteh II. | Tulong mai ramai-ramai, aku nak banah rumah, petang ni. | [tu.loN mAj ÒA.mAj.ÒA.mAj A.ku nA/ bA.nAh Òu.mAh p«.tAN ni] | Tolong datang ramai-ramai kerana aku hendak mengangkat rumah pada petang ini. |
seroi II | [s«.Òj] | kata adjektif | halus, peroi, kecil, berderai. | Depa guna pasiaq hak seroi buat campoq simen biaq cantek. | [dE.pA gu.nA pA.si.jA)Ö hA/ s«.Òj bu.wAt tSAm.p)Ö si.men bi.jA)Ö tSAn.te/] | Mereka menggunakan pasir yang halus untuk dicampur dengan simen, supaya cantik. |