ganteh II | [gAn.teh] | kata kerja | mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; banah I. | Mokalu nak boh pelapek kat tiang tu kita kena ganteh tiang dengan kayu hak kuat. | [m.kA.lu nA/ boh p«.lA.pe/ kAt ti.jAN tu ki.tA k«.nA gAn.teh ti.jAN d«.NAn kA.ju hA/ ku.wAt] | Kalau hendak memasang pelapik, kita mesti mengungkil tiang dengan menggunakan kayu yang keras. |
mengkalong | [m«N.kA.loN] | kata kerja | membaling dengan menggunakan kayu, batu atau seumpamanya ke arah sasaran yang agak jauh atau tinggi. | Pasai dia tak pandai mengkalong, abeh luroh buah dengan putek dia sekali. | [pA.sAj di.jA tA/ pAn.dAj m«N.kA.loN A.beh lu.Òoh bu.wAh d«.NAn pu.te/ di.jA s«.kA.li] | Oleh sebab dia tidak pandai membaling, buah dan butiknya pun turut gugur. |
pedap I | [p«.dAp] | kata kerja | mengelap, menyerapkan (air, dakwat dan lain-lain) dengan menggunakan kain atau kertas dan sebagainya. | Dia pedap darah kat lutut anak dia hak luka pasai rebah. | [di.jA p«.dAp dA.ÒAh kAt lu.tut A.nA/ di.jA hA/ lu.kA pA.sAj Ò«.bAh] | Dia mengelap darah di lutut anaknya yang luka kerana rebah. |
banah | [bA.nAh] | kata kerja | 1. mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; ganteh II. | Tulong mai ramai-ramai, aku nak banah rumah, petang ni. | [tu.loN mAj ÒA.mAj.ÒA.mAj A.ku nA/ bA.nAh Òu.mAh p«.tAN ni] | Tolong datang ramai-ramai kerana aku hendak mengangkat rumah pada petang ini. |
getu | [g«.tu] | kata kerja | mengerat, memotong atau memetik (bunga daun dan lain-lain) dengan menggunakan kuku jari ibu dan jari telunjuk, getis. | Dia getu bunga meloq tu dapat segenggam. | [di.jA g«.tu bu.NA m«.lâÖ tu dA.pAt s«.g«N.gAm] | Dia menggetis bunga melur itu segenggam banyaknya. |
gabuih | [gA.buih] | kata kerja | 1. mencuci atau menanggalkan kekotoran (yang sedikit) dengan cara menyapu tapak tangan atau kain, lap, kesat, sapu; relaeh. | Dia gabuih habok merah hak lekat kat seluaq dia dengan sapu tangan. | [di.jA gA.buih hA.bo/ mE.ÒAh hA/ l«.kAt kAt s«.lu.wAâÖ di.jA d«.NAn sA.pu tA.NAn] | Dia menanggalkan habuk merah yang melekat di seluarnya dengan menggunakan satu tangan. |
memalek | [m«.mA.le/] | kata kerja | menenggala atau membajak sawah pada peringkat kedua dengan cara membalikkan tanah (tahi tenggala) yang sudah ditenggala. | Abeh memalek ni buleh la membongkaq pulak dengan sisiaq. | [A.beh m«.mA.le/ ni bu.leh lA m«m.boN.kA)Ö pu.lA/ d«.NAn si.si.jA)Ö] | Setelah selesai menenggala, bolehlah membongkar, dengan menggunakan sisir. |
wing | [wiN] | kata nama | alat pemerah tebu (air) yang dibuat daripada kayu dan diputarkan dengan bantuan tenaga haiwan atau manusia. | La ni orang tak guna dah wing nak perah tebu, orang guna mesen tebu. | [lA ni .ÒAN tA/ gu.nA dAh wiN nA/ p«.ÒAh t«.bu .ÒAN gu.nA me.sen t«.bu] | Zaman sekarang orang tidak lagi menggunakan wing untuk memerah tebu, tetapi menggunakan mesin tebu. |
lambong tujoh | [lAm.boN tu.dZoh] | | sejenis permainan lambung dan sambut yang menggunakan beberapa butir batu dan sebagainya (boleh dimainkan secara perseorangan atau lebih) seremban; batu tujoh, lambong kelin, selambot. | Kak dengan adek pompuan aku suka sangat maen lambong tujoh. | [kAk d«.NAn A.de/ pom.pu.wAn A.ku su.kA sA.NAt mAen lAm.boN tu.dZoh] | Kakak dengan adik perempuan saya begitu gemar bermain seremban. |
lambong kelin | [lAm.boN k«.lin] | | sejenis permainan lambung dan sambut yang menggunakan beberapa butir batu dan sebagainya (boleh dimainkan secara perseorangan atau lebih) seremban; batu tujoh, lambong tujoh, selambot. | Kak dengan adek pompuan aku suka sangat maen lambong kelin. | [kAk d«.NAn A.de/ pom.pu.wAn A.ku su.kA sA.NAt mAen lAm.boN k«.lin] | Kakak dengan adik perempuan saya begitu gemar bermain seremban. |