dok tak dok | [do/ tA/ do/] | | bertindak atau terjadi secara spontan atau tiba-tiba, sekonyong-konyong, tak semena-mena. | Heran sunggoh orang tua tu, kata nak tidoq semalam dua, dok tak dok dia nak balek dandan. | [hE.ÒAn suN.goh .ÒAN tu.wA tu kA.tA nA/ ti.dâÖ s«.mA.lAm du.wA do/ tA/ do/ di.jA nA/ bA.le/ dAn.dAn] | Hairan sungguh orang tua itu, katanya hendak tidur semalam dua, tiba-tiba sahaja hendak pulang. |
campen | [tSAm.pen] | kata nama | tergendala, terhalang, terganggu dan sebagainya. | Majeleh hak baru nak mola jadi campen pasai pengerusi majlis dok tak dok pengsan. | [mA.dZ«.leh hA/ bA.Òu nA/ m.lA dZA.di tSAm.pen pA.sAj p«.N«.Òu.si mA.dZ«.leh do/ tA/ do/ pEN.sAn] | Majlis yang baru hendak bermula menjadi tergendala kerana pengerusi dengan tiba-tiba pengsan. |
cenggeh | [tSEN.gEh] | kata kerja | tenggek. | Burong lang tu dok cenggeh ataeh dahan dok pehati ayam. | [bu.ÒoN lAN tu do/ tSEN.gEh A.tAeh dA.hAn do/ p«.ÒA.ti A.jAm] | Burung helang itu sedang bertenggek atas dahan mengintai ayam. |
bang | [bAN] | kata kerja | memasang telinga, mendengar. | Budak ni tak buleh tengok mak pak dia dok sembang, dia dok nak bang saja. | [bu.dA/ ni tA/ bu.leh tE.N/ mA/ pA/ di.jA do/ sEm.bAN di.jA do/ nA/ bAN sA.dZA] | Setiap kali emak dan ayahnya bercakap dia memasang telinga. |
tengelong | [t«.N«.loN] | kata nama | sejenis hantu yang berkepala (manusia) tanpa badan (tetapi mempunyai bahagian-bahagian dalam perut), penanggal; tenggelong. | Orang kampong dok sibok pasai depa dok jumpa tenggelong tiap malam. | [.ÒAN kAm.poN do/ si.bo/ pA.sAj dE.pA do/ dZum.pA t«.N«.loN ti.jAp mA.lAm] | Orang kampung sibuk kerana mereka selalu berjumpa dengan hantu penanggal setiap malam. |
tenggelong | [t«N.g«.loN] | kata nama | sejenis hantu yang berkepala (manusia) tanpa badan (tetapi mempunyai bahagian-bahagian dalam perut), penanggal; tengelong. | Orang kampong dok sibok pasai depa dok jumpa tenggelong tiap malam. | [.ÒAN kAm.poN do/ si.bo/ pA.sAj dE.pA do/ dZum.pA t«N.g«.loN ti.jAp mA.lAm] | Orang kampung sibuk kerana mereka selalu berjumpa dengan hantu penanggal setiap malam. |
dok I | [do/] | kata kerja | 1. duduk. | Dok la tang tu, sat ni dia mai. | [do/ lA tAN tu sAt ni di.jA mAj] | Duduklah di situ, sebentar lagi dia datang. |
dok II | [do/] | kata tugas | sedang. | La ni dia dok tidoq. | [lA ni d.jA do/ ti.dâÖ] | Sekarang dia sedang tidur. |
cempeluam | [tS«m.p«.lu.wAm] | kata adjektif | tidak beradab, kasar dan tidak bersopan, tidak menghormati orang. | Aku tak bekenan budak-budak cempeluam tu, orang dok semayang, depa dok maen mutu. | [A.ku tA/ b«.k«.nAn bu.dA/.bu.dA/ tS«m.p«.lu.wAm tu .ÒAN do/ s«.mA.jAN dE.pA do/ mAen mu.tu] | Aku tidak berkenan dengan budak-budak kurang sopan itu, ketika orang bersembahyang mereka bermotosikal ke sana ke mari. |
kelippok | [k«.lip.p/] | kata kerja | pejam celik berulang kali (kerana terperanjat, kehairanan, ketakutan atau bersikap acuh tak acuh), terkebil-kebil, terkedip-kedip. | Masa mak dia dok beletiaq, mata dia dok kelippok-kelippok saja. | [mA.sA mA/ di.jA do/ b«.lE.ti.jA)Ö mA.tA di.jA do/ k«.lip.p/.k«.lip.p/ sA.dZA] | Pada masa ibunya berleter, dia hanya mendiamkan diri sambil matanya terkebil-kebil berulang kali. |