Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : limbungan (utk menyangga kapal yg akan dibaiki); ~ apung Id dok yg terapung; ~ basah dok yg dipenuhi air bagi membolehkan kapal ter­apung; ~ darat Id dok di darat; ~ kering dok yg airnya boleh dipam keluar utk mem­boleh­kan kerja membaik pulih bahagian bawah kapal dijalankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dok I

Puisi
 

Tidak ditoleh si kuda belang,
     Akar lana melilit pongsu;
Tidak boleh muda dok cadang,
     Angkat cerana mengadap guru.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dok tak dok[do/ tA/ do/] bertindak atau terjadi secara spontan atau tiba-tiba, sekonyong-konyong, tak semena-mena.Heran sunggoh orang tua tu, kata nak tidoq semalam dua, dok tak dok dia nak balek dandan.[hE.ÒAn suN.goh .ÒAN tu.wA tu kA.tA nA/ ti.dâÖ s«.mA.lAm du.wA do/ tA/ do/ di.jA nA/ bA.le/ dAn.dAn]Hairan sungguh orang tua itu, katanya hendak tidur semalam dua, tiba-tiba sahaja hendak pulang.
campen[tSAm.pen]kata namatergendala, terhalang, terganggu dan sebagainya.Majeleh hak baru nak mola jadi campen pasai pengerusi majlis dok tak dok pengsan.[mA.dZ«.leh hA/ bA.Òu nA/ m.lA dZA.di tSAm.pen pA.sAj p«.N«.Òu.si mA.dZ«.leh do/ tA/ do/ pEN.sAn]Majlis yang baru hendak bermula menjadi tergendala kerana pengerusi dengan tiba-tiba pengsan.
dok I[do/]kata kerja1. duduk.Dok la tang tu, sat ni dia mai.[do/ lA tAN tu sAt ni di.jA mAj]Duduklah di situ, sebentar lagi dia datang.
dok II[do/]kata tugassedang.La ni dia dok tidoq.[lA ni d.jA do/ ti.dâÖ]Sekarang dia sedang tidur.
cenggeh[tSEN.gEh]kata kerjatenggek.Burong lang tu dok cenggeh ataeh dahan dok pehati ayam.[bu.ÒoN lAN tu do/ tSEN.gEh A.tAeh dA.hAn do/ p«.ÒA.ti A.jAm]Burung helang itu sedang bertenggek atas dahan mengintai ayam.
bang[bAN]kata kerjamemasang telinga, mendengar.Budak ni tak buleh tengok mak pak dia dok sembang, dia dok nak bang saja.[bu.dA/ ni tA/ bu.leh tE.N/ mA/ pA/ di.jA do/ sEm.bAN di.jA do/ nA/ bAN sA.dZA]Setiap kali emak dan ayahnya bercakap dia memasang telinga.
lepok[lE.p/]kata namabersila, bertimpuh, berlunjur dan sebagainya di lantai atau di tanah.Awat dok lepok ataeh lantai, mai dok ataeh kerusi.[A.wAt do/ lE.p/ A.tAEh lAn.tAj mAj do/ A.tAEh k«.Òu.si]Mengapa engkau duduk di atas lantai, marilah duduk atas kerusi.
seron[sE.ҍn]kata namasangkak tempat ayam bertelur.Hang jangan dok pi kat seron tu pasai ayam betina dok mengeram tang tu nanti kena hama.[hAN dZA.NAn do/ pi kAt sE.ҍn tu pA.sAj A.jAm b«.ti.nA do/ m«.N«.ÒAm tAN tu nAn.ti k«.nA hA.mA]Jangan engkau mendekati seron itu kerana ayam betina sedang mengeram di situ nanti terkena hama.
cempeluam[tS«m.p«.lu.wAm]kata adjektiftidak beradab, kasar dan tidak bersopan, tidak menghormati orang.Aku tak bekenan budak-budak cempeluam tu, orang dok semayang, depa dok maen mutu.[A.ku tA/ b«.k«.nAn bu.dA/.bu.dA/ tS«m.p«.lu.wAm tu .ÒAN do/ s«.mA.jAN dE.pA do/ mAen mu.tu]Aku tidak berkenan dengan budak-budak kurang sopan itu, ketika orang bersembahyang mereka bermotosikal ke sana ke mari.
tengelong[t«.N«.loN]kata namasejenis hantu yang berkepala (manusia) tanpa badan (tetapi mempunyai bahagian-bahagian dalam perut), penanggal; tenggelong.Orang kampong dok sibok pasai depa dok jumpa tenggelong tiap malam.[.ÒAN kAm.poN do/ si.bo/ pA.sAj dE.pA do/ dZum.pA t«.N«.loN ti.jAp mA.lAm]Orang kampung sibuk kerana mereka selalu berjumpa dengan hantu penanggal setiap malam.
12345678910...

Kembali ke atas