mengapai | [m«.NA.pAj] | kata kerja | berenang secara terlentang seperti kuak lentang, menggunakan banyak pergerakan tangan. | Kepala dia terantok dengan kepala kawan dia, masa dua-dua dok mengapai kat sungai. | [k«.pA.lA di.jA t«.ÒAn.to/ d«.NAn k«.pA.lA kA.wAn di.jA mA.sA du.wA.du.wA do/ m«.NA.pAj kAt su.NAj] | Kepalanya berlaga dengan kepala kawannya semasa kedua-duanya berenang menelentang di dalam sungai. |
kayu tiga tengah dua | [kA.ju ti.gA t«.NAh du.wA] | | pukul. | Masok kampong orang jangan buat tak ketahuan, satni kena kayu tiga tengah dua. | [mA.so/ kAm.poN .ÒAN dZA.NAn bu.wAt tA/ k«.tA.hu.wAn sAt.ni k«.nA kA.ju ti.gA t«.NAh du.wA] | Masuk ke kampung orang jangan sembarangan, nanti kena pukul. |
dajal | [dA.dZAl] | kata nama | alat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajai. | Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajal. | [bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAl] | Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajal. |
dajai | [dA.dZAj] | kata nama | alat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajal. | Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajai. | [bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAj] | Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajai. |
leweh | [lE.wEh] | kata adjektif | berkenaan pakaian yang tidak begitu kemas, tak sempurna. | Dalam sari dua ni, aku kelih hang pakai leweh saja. | [dA.lAm sA.Òi du.wA ni A.ku k«.lih hAN pA.kAj lE.wEh sA.dZA] | Dalam sehari dua ini, aku lihat engkau berpakaian tidak kemas. |
culin | [tSu.lin] | kata nama | sedikit (digunakan sebagai penjodoh bilangan), seculin ialah satu ukuran yang sedikit. | Lepaeh isap candu dua culin, dia tidoq sampai siang. | [l«.pAEh i.sAp tSAn.du du.wA tSu.lin di.jA ti.dâÖ sAm.pAj si.jAN] | Selepas menghisap candu dua culin, dia pun tertidur sampai siang. |
kemasai | [k«.mA.sAj] | kata adjektif | cengkung, tidak bermaya, pucat-lesi kerana berpenyakit, kurang zat, banyak tidur dan lain-lain. | Dua tiga ari ni, muka dia tengok kemasai saja, sakit kot. | [du.wA ti.gA A.Òi ni mu.kA di.jA tE.N/ k«.mA.sAj sA.dZA sA.kit kot] | Dua tiga hari ini, mukanya nampak cengkung sahaja, sakit agaknya. |
kabong | [kA.boN] | kata nama | ukuran empat hasta (selalunya berkenaan kain, tali). | Mokalu nak buat satu sut baju orang pompuan, dua kabung cukop la. | [m.kA.lu nA/ bu.wAt sA.tu sut bA.dZu .ÒAN pm.pu.wAn du.wA kA.boN tSu.kop lA] | Kalau hendak membuat sepasang pakaian wanita, dua kabung kain cukup. |
tembap | [t«m.bAp] | kata kerja | merapatkan dua benda (biasanya mempunyai permukaan yang rata) hingga bersentuhan. | Pasai sejok sangat, dia tembap badan dia kat badan mak dia. | [pA.sAj s«.dZo/ sA.NAt di.jA t«m.bAp bA.dAn di.jA kAt bA.dAn mA/ di.jA] | Oleh sebab kesejukan, dia merapatkan badannya ke badan emaknya. |
binti | [bin.ti] | kata nama | bahagian kepingan dinding atau penahap dinding (penjodoh bilangan). | Tiang dengan bumbong siap dah dindin dia baru dua binti hak siap. | [ti.jAN d«.NAn bum.boN si.jAp dAh din.din di.jA bA.Òu du.wA bin.ti hA/ si.jAp] | Tiang dan bumbung telah siap, dindingnya baru siap dua bahagian. |