Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.du/.du.du/] | دودوق٢

Definisi : berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.du/.du.du/] | دودوق٢

Definisi : (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duduk-duduk

Puisi
 

Duduk-duduk atas jambatan,
     Budak-budak membelah rotan;
Baik dibuang segala muatan,
     Datang barat campur selatan.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Duduk sehamparan,
     tegak sepematang.

Bermaksud :

Dua orang yang sama darjatnya di dalam adat.

 

Lihat selanjutnya...(44)

346

Give a man an inch and he'lll take a mile

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah.

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give a man an inch and he'll take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengambang[m«.NAm.bAN]kata kerjaduduk di pintu rumah dengan tujuan supaya diperhatikan oleh orang yang lalu lalang, di hadapan rumahnya (berkenaan anak-anak gadis yang belum berkahwin).Tiap-tiap petang hang suka dok mengambang tang pintu, pi la masok dalam.[ti.jAp.ti.jAp p«.tAN hAN su.kA do/ m«.NAm.bAN tAN pin.tu pi lA mA.so/ dA.lAm]Tiap-tiap petang awak suka duduk mengambang di pintu, pergilah masuk ke dalam.
dok I[do/]kata kerja1. duduk.Dok la tang tu, sat ni dia mai.[do/ lA tAN tu sAt ni di.jA mAj]Duduklah di situ, sebentar lagi dia datang.
tikaq sila[ti.kA)Ö si.lA]kata namatikar (kecil) yang digunakan sebagai tempat duduk pengantin lelaki semasa upacara ijab kabul, akad nikah.Tikaq sila tu haluih anyaman dia.[ti.kA)Ö si.lA tu hA.luih A.øA.mAn di.jA]Tikar sila itu sungguh halus anyamannya.
lepok[lE.p/]kata namabersila, bertimpuh, berlunjur dan sebagainya di lantai atau di tanah.Awat dok lepok ataeh lantai, mai dok ataeh kerusi.[A.wAt do/ lE.p/ A.tAEh lAn.tAj mAj do/ A.tAEh k«.Òu.si]Mengapa engkau duduk di atas lantai, marilah duduk atas kerusi.
cangkat sila[tSAN.kAt si.lA] tempat tinggi di tengah-tengah balai majlis kenduri, pentas, platform.Suroh orang hak nak baca Kuran tu dok ataeh cangkat sila.[su.ҍh .ÒAN hA/ nA/ bA.tSA kur.An tu do/ A.tAeh tSAN.kAt si.lA]Suruhlah pembaca Quran itu duduk di atas cangkat sila.
bekehele[b«.k«.hE.lE]kata adjektifkeletihan (dalam satu kumpulan atau kelompok).Lepaeh begotong-royong, depa bekehele dok berehat kat tepi surau tu.[l«.pAEh b«.go.toN.ҍ.jN dE.pA b«.k«.hE.lE do/ b«.ÒE.hAt kAt t«.pi su.ÒAw tu]Selepas bergotong-royong, mereka keletihan lalu duduk berehat di tepi surau itu.

Kembali ke atas