Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[duit] | دوءيت

Definisi : 1. wang: kami semua tidak ada ~ hendak membeli benda itu; berapa ~ berapa har­ganya; 2. Kd, Pr, Pn sen (bagi unit satu hingga sembilan dan angka belasan): lima belas ~ lima belas sen; 3. wang tembaga zaman penjajahan; 4. = ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam (spt tembaga, perak, dsb); ~ ayam a) duit bergambar ayam (pd zaman penjajahan); b) wang yg dibayar oleh se­seorang kerana menolongnya menguruskan sesuatu hal; ~ curai = ~ kecil = ~ pecah duit syiling yg nilainya kurang drpd satu ringgit; ~ kocek wang yg dibawa ke mana-mana utk dibelanjakan apabila diperlukan; ~ kopi a) wang yg diberikan kpd pemilik rumah (kedai dll) yg akan disewa rumahnya (kedainya dll); b) = ~ rokok = ~ teh wang yg diberikan kpd seseorang utk memastikan mendapat sesuatu yg diminta, wang suap (sogok); ~ (wang) luar pendapatan yg diperoleh hasil drpd membuat kerja luar; ~ padang yuran permainan (di sekolah-sekolah dll); ~ poket wang sekadar perbelanjaan diri sendiri; ~ raya duit yg diberi, terutamanya kpd kanak-kanak pd hari raya; ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam; berduit 1. mempunyai duit, berwang: ayah saya tidak ~ hendak menghantar saya belajar di sekolah tinggi; menjual berduit-duit menjual beruncit-runcit; 2. ki mempunyai banyak wang, kaya: orang ~, mewah hi­dupnya; duitan; mata ~ (orang yg) hanya me­mikirkan tentang wang, tamak akan wang: perempuan yg mata ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[duit] | دوءيت

Definisi : 1 kepingan logam (drpd emas, perak, tembaga dll) yg dicap menjadi syiling, atau kertas yg dicap dgn nilainya sekali yg diterima atau yg diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu; wang: ~ saya sudah habis saya belanjakan. 2 ringgit; sen: 15 ~ 15 sen. ~ kopi a. duit yg diberikan kpd pemilik kedai (rumah dll) semasa hendak menyewa kedainya (rumahnya dll). b. = ~ suap duit yg diberikan kpd seseorang utk meluluskan dsb sesuatu. ~ luar pendapatan tambahan yg diperoleh dgn melakukan kerja-kerja lain drpd kerja rasmi. ~ pecah wang yg kecil nilainya. ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam. berduit 1 mempunyai wang; berwang: Saya tidak ~ utk membeli barang semahal itu. 2 mempunyai wang yg banyak; kaya: Kalau berkahwin dgn orang yg ~, tentulah mewah. duitan; mata ~ (orang yg) hanya memikirkan duit; tamak (akan) duit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duit

Puisi
 

Orang Boyan balik ke Boyan,
     Bawa duit satu ringgit;
Niat hati nak getah bayan,
     Tergetahlah mari burung serindit.


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
not I[nt]kata namaduit not atau wang kertas.La ni payah nak cari duet not Jepun gambaq pokok pisang.[lA ni pA.jAh nA/ tSA.Òi du.wet nt dZ«.pun gAm.bA)Ö p.k/ pi.sAN]Sekarang ini susah untuk mendapatkan wang kertas zaman Jepun yang mempunyai gambar pokok pisang.
ngok-nget I[N/.NEt]kata kerjamerayu mengecek atau meminta (kanak-kanak).Budak ni dok ngok-nget dari tadi, tak reti kot orang kata tak dak duet?[bu.dA/ ni do/ N/.NEt dA.Òi tA.di tA/ Ò«.ti kot .ÒAN kA.tA tA/ dA/ du.wet]Budak ini, mengecek sejak tadi, tak fahamkah kita tak ada duit?
jemuan[dZ«.mu.wAn]kata adjektifberkenaan kanak kanak yang sangat nakal (kiasan).Budak tu jemuan sunggoh tak buleh orang lepa sikit duet pecah pon dia kebaeh.[bu.dA/ tu dZ«.mu.wAn suN.goh tA/ bu.leh .ÒAN l«.pA si.kit du.wet p«.tSAh pon di.jA k«.bAEh]Budak itu sangat nakal, pantang orang leka sedikit, duit syiling pun dikebasnya.

Kembali ke atas