yoya | [jo.jA] | kata kerja | berpeleseran, merambu ke sana ke mari tanpa tujuan. | Dah besaq panjang lagu tu pon asyek dok yoya sana sini, haram nak tulong mak pak. | [dAh b«.sA)Ö pAn.dZAN lA.gu tu pon A.Se/ do/ jo.jA sA.nA si.ni hA.ÒAm nA/ tu.loN mA/ pA/] | Sudah dewasa pun masih lagi berpeleseran ke sana ke mari, malas hendak menolong ibu bapa. |
yongyat | [joN.jAt] | kata nama | papan jongkang-jongket. | Budak tu teriaq pasai tak dapat naek papan yongyat. | [bu.dA/ tu t«.Òi.jA)Ö pA.sAj tA/ dA.pAt nAe/ pA.pAn joN.jAt] | Budak itu menangis kerana tidak dapat menaiki papan jongkang-jongket. |
yong | [joN] | kata kerja | menghalakan, menghalau, menghambat, mengarahkan (binatang ternakan) ke tempat yang dikehendaki (kandang, dan lain-lain). | Petang-petang dia yong semua kambin dia masok kandang. | [p«.tAN.p«.tAN di.jA joN s«.mu.wA kAm.bin di.jA mA.so/ kAn.dAN] | Setiap petang dia menghalau kambingnya masuk ke dalam kandang. |
yoi | [joj] | kata nama | tanah berlumpur yang diliputi rumput-rampai dan tumbuhan kecil dan berair, biasanya ada ikan darat, berselut, amat gambut dan lembut (selalunya di dalam sawah dan lain-lain). | Banyak ikan puyu dengan ruan menyorok kat yoi tu. | [bA.øA/ i.kAn pu.ju d«.NAn Òu.wAn m«.ø.Ò/ kAt joj tu] | Banyak ikan puyu dan haruan yang bersembunyi di dalam lumpur itu. |
wok | [w/] | kata nama | nama tahun kesembilan dalam pusingan 12 tahun kiraan piama, 1980, 1992, 2004, tahun kera. | Dalam taon wok ujan memanjang masa ujong taon, tapi tak lebat, tiruih macam ekoq kera. | [dA.lAm tAon w/ u.dZAn m«.mAn.dZAN mA.sA u.dZoN tAon tA.pi tA/ l«.bAt ti.Òuih mA.tSAm E.k)Ö k«.ÒA] | Pada tahun kera, hujan memanjang tidak berhenti-henti pada hujung tahun, tetapi tidaklah lebat, cuma tirus seperti ekor kera. sahaja. |
wing | [wiN] | kata nama | alat pemerah tebu (air) yang dibuat daripada kayu dan diputarkan dengan bantuan tenaga haiwan atau manusia. | La ni orang tak guna dah wing nak perah tebu, orang guna mesen tebu. | [lA ni .ÒAN tA/ gu.nA dAh wiN nA/ p«.ÒAh t«.bu .ÒAN gu.nA me.sen t«.bu] | Zaman sekarang orang tidak lagi menggunakan wing untuk memerah tebu, tetapi menggunakan mesin tebu. |
wangwing | [wAN.wiN] | kata kerja | melilau, ke hulu ke hilir, berjalan mundar-mandir tanpa tujuan. | Budak-budak lepak tu suka dok wangwing kat stesyen baeh. | [bu.dAk.bu.dA/ lE.pA/ tu su.kA do/ wAN.wiN kAt stE.SEn bAEh] | Remaja yang melepak itu sering mundar-mandir di stesen bas. |
wan | [wAn] | kata kerja | arahan atau isyarat kepada penarik langca untuk masuk ke persimpangan yang terdekat. | Bila dia kata ‘wan’ Cina lanca tu pon belok masuk rumah dia. | [bi.lA di.jA kA.tA wAn tSi.nA lAn.tSA pon bE.l/ mA.so/ Òu.mAh di.jA] | Apabila disebutnya ‘wan’, penarik lanca itupun membelok masuk ke rumahnya. |
wahwah | [wAh.wAh] | kata adjektif | terpinga-pinga, kehairanan. | Bila baeh tinggai dia, dia tak tau nak buat apa dah, cuma bediri wahwah saja. | [bi.lA bAEh tiN.gAj di.jA di.jA tA/ tAw nA/ bu.wAt A.pA dAh tSu.mA b«.di.Òi wAh.wAh sA.dZA] | Bila dia ditinggalkan oleh bas, dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya, cuma terpinga-pinga sahaja. |
utau | [u.tAw] | kata kerja | memberi isyarat dengan menggunakan tangan. | Pak dok utau mak dari seberang jalan ajak balek. | [pA/ do/ u.tAw mA/ dA.Òi s«.b«.ÒAN dZA.lAn A.jA/ bA.le/] | Bapa yang berada di seberang jalan memberi isyarat tangan kepada ibu mengajaknya pulang. |