Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pegu[p«.gu]kata kerjapadankan, pertemukan, adukan, cantum.Depa pegu anak dara Tok Imam dengan anak terona Tok Siak, lawan berzanji.[dE.pA p«.gu A.nA/ dA.ÒA to/ i.mAm d«.NAn A.nA/ t«.ҍ.nA to/ si.jA/ lA.wAn b«Ò.zAn.dZi]Mereka adukan anak gadis Tuan Imam dengan anak teruna Tok Siak bertanding berzanji.
gunung[gu.nuN]kata namagundu atau ibu daripada cebisan batu, kayu, kaca dan sebagainya yang digunakan dalam permainan tradisi Melayu (sambut-sambut, lompat teng-teng dan sebagainya).Tangan dia lekaq sunggoh, tiap-tiap kali taok gunung masok petak.[tA.NAn di.jA l«.kAâÖ suN.goh ti.jAp.ti.jAp kA.li tAo/ gu.nuN mA.so/ pE.tA/]Dia begitu handal, setiap kali melontar, gundunya memasuki ruang petak.
agaq-agaq gulong[A.gAâÖ.A.gAâÖ gu.loN] sejenis kuih yang dibuat daripada agar-agar, gula yang dimasak pekat, dibekukan dan digulung.   
wing[wiN]kata namaalat pemerah tebu (air) yang dibuat daripada kayu dan diputarkan dengan bantuan tenaga haiwan atau manusia.La ni orang tak guna dah wing nak perah tebu, orang guna mesen tebu.[lA ni .ÒAN tA/ gu.nA dAh wiN nA/ p«.ÒAh t«.bu .ÒAN gu.nA me.sen t«.bu]Zaman sekarang orang tidak lagi menggunakan wing untuk memerah tebu, tetapi menggunakan mesin tebu.
saleh[sA.lEh]kata namabekas air yang dibuat dari aluminium, jag dan tidak bertutup untuk membasuh, mencuci tangan.La ni orang tak guna saleh pasai nampak koman tapi depa guna jag kaca.[lA ni .ÒAN tA/ gu.nA sA.lEh pA.sAj nAm.pA/ k.mAn tA.pi dE.pA gu.nA dZAg kA.tSA]Sekarang ini orang tidak lagi menggunakan salih kerana rendah mutunya tetapi menggunakan jag kaca.
seroi II[s«.ҍj]kata adjektifhalus, peroi, kecil, berderai.Depa guna pasiaq hak seroi buat campoq simen biaq cantek.[dE.pA gu.nA pA.si.jA)Ö hA/ s«.ҍj bu.wAt tSAm.p)Ö si.men bi.jA)Ö tSAn.te/]Mereka menggunakan pasir yang halus untuk dicampur dengan simen, supaya cantik.
nu[nu]kata namamenunjukkan arah agak jauh (sana atau situ).Hang tunggu tang ni, aku nak pi cari dia tang nu.[hAN tuN.gu tAN ni A.ku nA/ pi tSA.Òi di.jA tAN nu]Awat tunggu di sini, saya hendak pergi mencarinya di sana.
betujal[b«.tu.dZAl]kata kerjabertengkar, berbalah, bertekak, berperang mulut; betujai.Lagu mana pandai pun hang jangan dok betujal dengan orang tua.[lA.gu mA.nA pAn.dAj pon hAN dZA.NAn do/ b«.tu.dZAl d«.NAn .ÒAN tu.wA]Walau bagaimana pintar sekalipun jangan kamu berbalah dengan orang tua.
betujai[b«.tu.dZAj]kata kerjabertengkar, berbalah, bertekak, berperang mulut; betujal.Lagu mana pandai pon hang jangan dok betujai dengan orang tua.[lA.gu mA.nA pAn.dAj pon hAN dZA.NAn do/ b«.tu.dZAj d«.NAn .ÒAN tu.wA]Walau bagaimana pintar sekalipun jangan kamu berbalah dengan orang tua.
tikaq kiau[ti.kA)Ö ki.jAw] sejenis tikar mengkuang yang digunakan untuk kerja-kerja harian.Depa guna tikaq kiau untok jemoq padi.[dE.pA gu.nA ti.kA)Ö ki.jAw un.to/ dZ«.m)Ö pA.di]Mereka menggunakan tikar mengkuang untuk menjemur padi.
123456

Kembali ke atas