Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganti

Puisi
 

Boleh ganti bunga kelapa,
     Bunga kelapa di Padang Jongok;
Boleh cari ibu dan bapa,
     Siapa pula nak mengaku anak?


Lihat selanjutnya...(45)
Peribahasa

Calak-calak ganti asah,
     menanti tukang belum datang.

Bermaksud :

Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas.

 

Lihat selanjutnya...(9)

187

There are plenty more fish in the sea

Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

"Don't be sad. There are plenty of more fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.

''Jangan bersedih. Kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
apa[A.pA]kata tugaskata bantu yang diletakkan selepas kata ganti nama saya, kami, dia, kamu yang membentuk rangkai kata saya apa (sepa), dia apa (depa), hang apa (hampa) yang membawa maksud semua atau sekalian.Sepa apa tak mau pi mesyorat tu pasai depa kecoh.[sE.pA A.pA tAk mAw pi m«.So.ÒAt tu pA.sAj dE.pA kE.tSh]Kami semua tidak mahu menghadiri mesyuarat itu kerana mereka menipu.
bam[bAm]kata namabahagian atau permukaan yang lebih besar pada sebuah gendang silat, (biasanya berukuran lilit antara 24 hingga 29 inci), daripada kulit lembu. Bahagian yang kecil disebut cang.Kulet belah bam kena ganti, pasai depa pukoi kuat sangat sampai pecah.[ku.let b«.lAh bAm k«.nA gAn.ti pA.sAj dE.pA pu.koj ku.wAt sA.NAt sAm.pAj p«.tSAh]Kulit di bahagian bam hendaklah digantikan, kerana mereka memukulnya terlalu kuat sehingga pecah.
conggoh[tSN.gh]kata nama1. kayu bercabang atau bercangap di hujungnya yang dicacak di tepi tangga untuk menyangkut cebok atau gayung sebagai alat pembasuh kaki.Conggoh tempat sangkot cebok tu dah nak reput, elok ganti hak laen.[tSN.gh t«m.pAt sAN.kut tSE.b/ tu dAh nA/ Ò«.put E.l/ gAn.ti hA/ lAen]Kayu bercangap penyakut gayung itu hampir reput, eloklah diganti dengan yang lain.

Kembali ke atas