[ge.nap] | ݢنڤ
Definisi : 1. cukup, penuh (tidak kurang), lengkap: setelah ~ lima puluh tahun umurnya ia pun meninggal; 2. tidak ganjil (angka 2, 4, 6, dsb): nombor rumah di sebelah kanan ~; dibilang ~, dipagar ganjil prb apa yg nampak pd zahirnya ialah untung tetapi sebenarnya rugi; empat gasal, lima ~ prb tutur kata orang yg bijaksana selalu tersembunyi maksudnya; masuk tak ~, keluar tak ganjil prb orang yg tidak berguna dlm pergaulan masyarakat; segenap seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat; menggenapi menambah supaya jadi genap (lengkap, cukup): maka sehidangan itu had empat orang, jikalau tiada tiga tinggal seorang makan juga ia, tiada dapat yg di bawah itu naik ~ dia; menggenapkan mencukupkan, melengkapkan: perkara anjing patah dipukul itu hanyalah sebab utk ~ bilangan sahaja, ibarat bergantung sudah penuh;penggenap tambahan utk menggenapkan (melengkapkan), pelengkap; barang-barang ~ (Eko) barang-barang utk melengkapkan penggunaan barang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ge.nap] | ݢنڤ
Definisi : 1 tidak kurang sedikit pun; penuh; cukup: Umurnya sudah ~ 15 tahun. 2 dpt dibahagikan dgn 2 tanpa berlebih; tidak ganjil: Enam ialah angka ~. menggenapi menyebabkan genap; menambah supaya genap (cukup, penuh dsb): Dia ~ pasukan bola sepak sekolah kami kerana pemain yg sebenarnya telah cedera. menggenapkan 1 menjadikan atau menganggap genap (cukup dsb); memadakan; mencukupkan: Dia berusaha ~ gaji yg diterimanya setiap bulan. 2 menyebabkan sesuatu angka menjadi genap; memberikan tambahan kpd atau mengurangkan sesuatu angka ganjil supaya menjadi genap: Dia ~ nombor 5 dgn menambahkan 1 supaya menjadi 6. penggenap sesuatu (angka dll) yg ditambahkan utk menggenapkan (mencukupkan, melengkapkan dll). segenap tidak ada kecualinya; seluruh; setiap: Syarikat itu berkembang ke ~ daerah di Semenanjung Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)