Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gopoh] | ݢوڤوه

Definisi : cepat-cepat, lekas-lekas (mengerjakan sesuatu); ~-gapah = ~-gapik = ~-mamang = gapah-~ = gopoh-gopoh; gopoh-gopoh tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas (dgn tidak cermat) membuat sesuatu: Dolah mengenakan pakaiannya dgn ~ dan kemudian berlari meninggalkan bilik itu; bergopoh-gopoh, bergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, tergopoh-gapah gopoh-gapah: dgn tergopoh-gopoh, dia melompat ke bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini; kegopohan perihal terburu-buru (tergesa-gesa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gopoh] | ݢوڤوه

Definisi : sentiasa hendak lekas serta kurang berhati-hati ketika melakukan sesuatu. bergopoh-gopoh melakukan sesuatu dgn cepat dan tidak cermat; bergesa-gesa: Jangan ~, nanti jatuh. tergopoh-gopoh dlm keadaan bergopoh-gopoh; tergesa-gesa. Dgn ~, dia keluar dr bilik itu. kegopohan keadaan atau hal gopoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gopoh

Puisi
 

Pukul lapan pukul sembilan,
     Pukul sepuluh jam pun mati;
Pandai makan pandai menyimpan,
     Jika gopoh merosak diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai buah keras di dalam sekul.

Bermaksud :

Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh. buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
serempak[s«.Ò«m.pA/]kata adjektifgopoh-gapah, gopoh (tentang membuat keputusan).Pak Daod tu serempak, kera nak betindak cepat.[pA/ dA.wod tu s«.Ò«m.pA/ kE.ÒA nA/ b«.tin.dA/ tS«.pAt]Pak Daud itu gopoh orangnya, dia bertindak terburu-buru.
jelangaq[dZ«.lA.NA)Ö]kata adjektifberkenaan membuat pekerjaan, perbuatan dan lain-lain dengan tidak cermat, gopoh, kasar; cemerekap.Mokalu bejalan ataeh lantai licin jangan jelangaq sangat, sat ni jatoh.[m.kA.lu b«.dZA.lAn A.tAEh lAn.tAj li.tSin dZA.NAn dZ«.lA.NA)Ö sA.NAt sAt ni dZA.toh]Kalau berjalan di atas lantai yang licin, janganlah gopoh sangat, nanti jatuh.
cemerekap[tS«.m«.Ò«.kAp]kata adjektifberkenaan membuat pekerjaan, perbuatan dan lain-lain dengan tidak cermat, gopoh, kasar; jelangaq.Dia tu kalu buat kreja cemerekap, pasai itula orang tak bagi kreja kat dia.[di.jA tu kA.lu bu.wAt kÒ«.dZA tS«.m«.Ò«.kAp pA.sAj tu.lA .ÒAN tA/ bA.gi kÒ«.dZA kAt di.jA]Dia tidak cermat membuat kerja, sebab itulah orang tidak memberi kerja kepadanya.

Kembali ke atas