Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.tong] | ݢوتوڠ

Definisi : ; ~-royong tolong-menolong (bantu-membantu), kerja bersama-sama: sudah teradat bagi penduduk-penduduk desa itu bekerja ~-royong pd musim menuai padi; bergotong; ~-royong mengusahakan (mengerjakan) sesuatu bersama-sama: orang kampung ~-royong membina jambatan dan jalan-jalan kecil;menggotong membawa (sesuatu yg berat) bersama-sama orang lain (tidak seorang diri): ~ beras ke dlm kedai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.tong] | ݢوتوڠ

Definisi : ; gotong-royong sama-sama mengerjakan sesuatu; saling membantu ketika membuat sesuatu: Penduduk-penduduk kampung itu telah mendirikan sebuah masjid secara ~. bergotong-royong mengerjakan atau mengusahakan sesuatu bersama-sama: Mereka telah ~ membersihkan kawasan tanah perkuburan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gotong

Peribahasa

Ringan sama menjinjing,
     berat sama memikul.

Bermaksud :

Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Berat sepikul, ringan sejinjing).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cam[tSAm]kata namasejenis alat mengangkat tanah, (pasir dan sebagai) dibuat daripada rotan atau bilah buluh dan sebagai. Bentuknya terbuka dan mempunyai birai sebagai pemegang (kadang-kadang ada telinga), pongkes.Kalu nak gotong-royong kita kena sedia banyak cam, nak buat angkot sampah.[kA.lu nA/ g.tN.ҍ.jN ki.tA k«.nA s«.di.jA bA.øA/ tSAm nA/ bu.wAt AN.kot sAm.pAh]Untuk bergotong-royong, kita mesti menyediakan pongkes yang banyak untuk mengangkut sampah.

Kembali ke atas