saleh | [sA.lEh] | kata nama | bekas air yang dibuat dari aluminium, jag dan tidak bertutup untuk membasuh, mencuci tangan. | La ni orang tak guna saleh pasai nampak koman tapi depa guna jag kaca. | [lA ni .ÒAN tA/ gu.nA sA.lEh pA.sAj nAm.pA/ k.mAn tA.pi dE.pA gu.nA dZAg kA.tSA] | Sekarang ini orang tidak lagi menggunakan salih kerana rendah mutunya tetapi menggunakan jag kaca. |
wing | [wiN] | kata nama | alat pemerah tebu (air) yang dibuat daripada kayu dan diputarkan dengan bantuan tenaga haiwan atau manusia. | La ni orang tak guna dah wing nak perah tebu, orang guna mesen tebu. | [lA ni .ÒAN tA/ gu.nA dAh wiN nA/ p«.ÒAh t«.bu .ÒAN gu.nA me.sen t«.bu] | Zaman sekarang orang tidak lagi menggunakan wing untuk memerah tebu, tetapi menggunakan mesin tebu. |
remban | [Ò«m.bAn] | kata nama | batang kayu kecil (buluh dan lain-lain) yang dipasang pada titi dan lain-lain sebagai pemegang ketika meniti. | Titi tu depa guna batang nyoq sebatang lepaeh tu depa letak remban kat titi tu bagi orang pegang masa depa guna titi tu. | [ti.ti tu dE.pA gu.nA bA.tAN ø)Ö s«.bA.tAN l«.pAEh tu dE.pA l«.tA/ Ò«m.bAn kAt ti.ti tu bA.gi .ÒAN p«.gAN mA.sA dE.pA gu.nA ti.ti tu] | Titi yang dibina dengan menggunakan batang pokok kelapa itu dipasang remban sebagai pemegang untuk memudahkan orang menitinya. |
tak keteruih | [tA/ k«.t«.Òuih] | | tidak berkeupayaan, lemah atau lekeh, tidak mampu. | Sampai nak tanggong belanja anak bini pon tak keteruih, apa guna jadi laki. | [sAm.pAj nA/ tAN.goN b«.lAn.dZA A.nA/ bi.ni pon tA/ k«.t«.Òuih A.pA gu.nA dZA.di lA.ki] | Belanja anak isteri sendiri pun tak tertanggung, apa guna jadi suami. |
seroi II | [s«.Òj] | kata adjektif | halus, peroi, kecil, berderai. | Depa guna pasiaq hak seroi buat campoq simen biaq cantek. | [dE.pA gu.nA pA.si.jA)Ö hA/ s«.Òj bu.wAt tSAm.p)Ö si.men bi.jA)Ö tSAn.te/] | Mereka menggunakan pasir yang halus untuk dicampur dengan simen, supaya cantik. |
| | | 2. roda yang dibuat daripada kayu mampat. | Kalu tanah kerin, kita buleh guna anoq hak ada gerek bagi senang krebau tarek. | [kA.lu tA.nAh k«.Òin ki.tA bu.leh gu.nA A.nâÖ hA/ A.dA gE.ÒE/ bA.gi s«.nAN kÒ«.bAw tA.Òe/] | Kalau tanah kering, kita boleh menggunakan anur yang beroda untuk memudahkan kerbau menariknya. |
lerang | [lE.ÒAN] | kata nama | bahagian tandan kelapa tempat bergantung buah atau putik. | Depa guna parang nak kerat lerang biaq nyoq tu lepaeh dari tandan dia. | [dE.pA gu.nA pA.ÒAN nA/ k«.ÒAt lE.ÒAN bi.jA)Ö ø)Ö tu l«.pAEh dA.Òi tAn.dAn di.jA] | Mereka menggunakan parang untuk memotong lerang supaya kelapa itu bercerai daripada tandannya. |
| | | 2. segulung benang, selilit benang (sebagai penjodoh bilangan). | Kalu nak bagi naek wau tinggi, kena guna empat kampoi benang. | [kA.lu nA/ bA.gi nAe/ wAw tiN.gi k«.nA gu.nA «m.pAt kAm.poj b«.nAN] | Kalau layang-layang itu hendak diterbangkan tinggi, gunakanlah empat kampoi benang. |
tali renut | [tA.li Ò«.nut] | | tali yang mengikat rengga di badan gajah. | La ni depa guna tali jepun buat tali renut. | [lA ni dE.pA gu.nA tA.li dZ«.pun bu.wAt tA.li Ò«.nut] | Sekarang ini mereka menggunakan tali jepun untuk dijadikan tali renut. |
tikaq kiau | [ti.kA)Ö ki.jAw] | | sejenis tikar mengkuang yang digunakan untuk kerja-kerja harian. | Depa guna tikaq kiau untok jemoq padi. | [dE.pA gu.nA ti.kA)Ö ki.jAw un.to/ dZ«.m)Ö pA.di] | Mereka menggunakan tikar mengkuang untuk menjemur padi. |