Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[has.ta] | هستا

Definisi : panjang dr hujung siku sampai ke hujung jari hantu (depa atau 45.72 sentimeter): keris itu se~ panjangnya; lengan ~ Id ruas siku, lengan bawah; tulang ~ tulang ruas siku; diberi sejengkal hendak se~, diberi se~ hen­dak sedepa prb diberi sedikit hendak banyak; mencari yg se~ sejengkal prb menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kerabat; yg se~ takkan jadi sedepa prb sesuatu yg tidak dapat diubah; menghasta mengukur (menyukat) dgn has­ta; spt ~ kain sarung prb pekerjaan yg sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[has.ta] | هستا

Definisi : ukuran yg panjangnya dr hujung siku sampai ke hujung jari hantu: Tali itu se~ panjangnya. menghasta mengukur dlm kiraan hasta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hasta

Puisi
 

Kain putih satu hasta,
     Dikoyak-koyak tinggal sejengkal;
Pandanglah saya nyata-nyata,
     Balik ke kampung jangan menyesal.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Laksana kain tiga hasta.

Bermaksud :

Serba tanggung.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kabong[kA.boN]kata namaukuran empat hasta (selalunya berkenaan kain, tali).Mokalu nak buat satu sut baju orang pompuan, dua kabung cukop la.[m.kA.lu nA/ bu.wAt sA.tu sut bA.dZu .ÒAN pm.pu.wAn du.wA kA.boN tSu.kop lA]Kalau hendak membuat sepasang pakaian wanita, dua kabung kain cukup.

Kembali ke atas