Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ti] | هاتي

Definisi : 1 organ berwarna perang ke­merah-merahan di dlm tubuh yg menge­luarkan hempedu dan membersih­kan darah: ~ kambing; ~ lembu. 2 tempat melahirkan segala perasaan; batin: Mereka ketawa kerana suka ~. Rupanya buruk tetapi ~nya baik. 3 bahagian tengah pd sesuatu: ~ kayu; ~ nanas. ~ budi keperibadian seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya. ~ kecil pe­rasaan yg terkandung dlm batin (hati). berhati mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. ~ batu a. bersifat degil. b. tidak mempunyai belas kasihan. ~ berlian (emas) bersifat sangat baik hati, suka menolong dan membuat kebajikan. ~ binatang bersifat bengis. ~ perut mempunyai perasaan yg halus; bertimbang rasa. ~ pilu bersedih. ~ waja tidak mudah kecewa. ~ walang tidak sedap hati; khuatir; bimbang. sehati sepakat; seia sekata; bersatu hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. berhati-hati berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. memperhatikan 1 me­mandang atau melihat dgn cermat; mengamat-amati: Segala gerak-geri dan tingkah lakunya diperhatikan oleh gurunya. 2 mengambil peduli; mempedulikan; mengendahkan: Dia tidak sedikit pun ~ nasihat ibu bapanya. perhatian keingin­an atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. pemerhatian perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. pemerhati 1 orang yg memberikan perhatian. 2 orang yg menghadiri (menyertai) sesuatu persidangan, seminar dll tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati nama sj pokok renek yg daunnya dijadikan ubat sakit perut, Coleus amboinicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(845)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(224)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bahari[bA.hA.Òi]kata namapelawak.Hang toksahla pi dok jadi bahari hiboq hati orang, pi la hiboq hati anak bini hang bagi cukop makan pakai depa.[hAN to/.sAh.lA pi do/ dZA.di bA.hA.Òi hi.bâÖ hA.ti .ÒAN pi lA hi.bâÖ hA.ti A.nA/ bi.ni hAN bAgi tSu.kop mA.kAn pA.kAj dE.pA]Tidak usahlah awak menjadi pelawak menghiburkan hati orang, pergilah hiburkan hati anak isteri awak, supaya cukup makan pakai mereka.
ahia[A.hi.jAâ]kata adjektiftegas dan tidak mudah mengalah (terhadap sesuatu keputusan atau pegangan yang diambil), keras hati.Hang tok sah dok ajak diala, saheh dia tak mau pi pasai hati dia ahia.[hAN to/ sAh do/ A.dZA/ di.jA.lA sA.hEh di.jA tA/ mAw pi ]Tak usahlah kamu ajak, dia tetap tidak akan pergi kerana keras hatinya.
pedo[pE.d]kata adjektifberkenaan melakukan sesuatu dengan berhati-hati dan cermat tetapi lambat.Tukang jam tu buat kreja pedo sunggoh.[tu.kAN dZAm tu bu.wAt kÒ«.dZA pE.d suN.goh]Tukang jam itu membuat kerja berhati-hati benar.
pedap II[p«.dAp]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang perlahan-lahan, berhati-hati.Awat hang jalan tepedap-pedap, macam kucin nak tangkap tikuih.[A.wAt hAN dZA.lAn t«.p«.dAp.p«.dAp mA.tSAm ku.tSin nA/ tAN.kAp ti.kuih]Kenapa awak berjalan berhati-hati, seperti kucing hendak menangkap tikus.
   2. membuat sesuatu dengan sesuka hati.Lantakla, depa nak buat apa pon, bukan duet kupang kita.[lAn.tA/.lA dE.pA nA/ bu.wAt A.pA pon bu.kAn duwe ku.pAN ki.tA]Biarkan apa yang hendak dibuat oleh mereka kerana bukan wang ringgit kita.
koi II[kj]kata adjektifberhati-hati, perlahan-lahan, beransur-ansur.Dok gelot buat apa sangat, kreja tu koi-koi habeh la.[do/ g«.lot bu.wAt A.pA sA.NAt, kÒ«.dZA tu kj.kj hA.beh lA]Buat apa terburu-buru, beransur-ansur pun selesai juga kerja tu.
bedesiu[b«.d«.siuâ]kata adjektifberdesing, menyakitkan hati, (telinga).Telinga aku bedesiu bila dia kata aku curi duet dia.[t«.li.NA A.ku b«.d«.siuâ bi.lA di.jA kA.tA A.ku tSu.Òi du.wet di.jA]Telinga aku berdesing apabila dikatanya aku mencuri duitnya.
behi[b«.hi]kata adjektifasyik, gemar, suka, ingin sepenuh hati.Depa behi sunggoh dengan sayoq keladi.[dE.pA b«.hi suN.goh d«.NAn sA.jâÖ k«.lA.di]Mereka gemar sungguh dengan sayur keladi.
merekam I[m«.Ò«.kAm]kata namasakit perut, senak perut, sakit hulu hati, pedih perut.Lepaeh makan rojak, perot dia merekam saja.[l«.pAEh mA.kAn Òo.dZA/ p«.Òot di.jA m«.Ò«.kAm sA.dZA]Selepas makan rojak perutnya sentiasa berasa senak.
peleot[p«.lE.)t]kat adjektifterkehel atau terseliuh (tentang kaki).Jalan tak pakai mata, apa lagi tepereluih la dia sampai kaki dia tepeleot.[dZA.lAn tA/ pA.kAj mA.tA A.pA lA.gi t«.p«.Ò«.luih lA di.jA sAm.pAj kA.ki di.jA t«.p«.lE.)t]Kakinya terseliuh kerana terperlus akibat berjalan tidak berhati-hati.

Kembali ke atas