Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hilang,

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.


Lihat selanjutnya...(129)
Peribahasa

Memakan habis-habis,
     menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Bermaksud :

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

 

Lihat selanjutnya...(120)

417

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
selap[s«.lAp]kata kerja1. hilang nafas, terhenti bernafas; selop.Jangan biaq budak tu keriau sampai selap.[dZA.NAn bi.jA)Ö bu.dA/ tu k«.Òi.jAw sAm.pAj s«.lAp]Jangan biarkan kanak-kanak itu menangis sehingga hilang.nafas.
selop[s«.lp]kata kerja1. hilang nafas, terhenti bernafas; selap.Jangan biaq budak tu keriau sampai selop.[dZA.NAn bi.jA)Ö bu.dA/ tu k«.Òi.jAw sAm.pAj s«.lp]Jangan biarkan kanak-kanak itu menangis sehingga hilang.
sanan[sA.nAn]kata namasejenis bau busuk (badan), kesak.Sanan kat badan dia tu terok sunggoh, buboh minyak esen banyak mana pon tak buleh hilang.[sA.nAn kAt bA.dAn di.jA tu t«.Òo/ suN.goh bu.boh mi.øA/ E.sEn bA.øA/ mA.nA pon tA/ bu.leh hi.lAN]Bau busuk di badannya sangat kuat, walaupun badannya banyak dibubuh minyak wangi baunya tidak hilang.
perat[p«.ÒAt]kata adjektifberkenaan bau keringat atau peluh yang semula jadi, hamis, hapak, hangit; kesaq.Cuba hang makan kulet limau nipeh, amai selalu, lama-lama bau perat badan hang tu hilang.[tSu.bA hAN mA.kAn ku.let li.mAw ni.peh A.mAj s«.lA.lu lA.mA.lA.mA bAw p«.ÒAt bA.dAN hAN tu hi.lAN]Cuba engkau amalkan memakan kulit limau nipis, lama-kelamaan tentu bau tengik badan engkau itu hilang.
kesaq[k«.sA)Ö]kata adjektifberkenaan bau keringat atau peluh yang semula jadi, hamis, hapak, hangit; perat.Cuba hang makan kulet limau nipeh, amai selalu, lama-lama bau kesaq badan hang tu hilang.[tSu.bA hAN mA.kAn ku.let li.mAw ni.peh A.mAj s«.lA.lu lA.mA.lA.mA bAu k«.sA)Ö bA.dAN hAN tu hi.lAN]Cuba engkau amalkan memakan kulit limau nipis, lama-kelamaan tentu bau tengik badan engkau itu hilang.

Kembali ke atas