Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mam] | امام

Definisi : Ar 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2. pemimpin, penganjur, ketua (negara dll); ~ yg empat penganjur empat mazhab yg menjadi ikutan orang-orang Islam (Syafii, Hanafi, Hambali, dan Maliki); I~ Mahadi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman; ~ perang ketua dlm peperangan pd masa dahulu; ~ Yaman raja negeri Yaman; berimam mempunyai imam, ada imamnya: sembahyang ~ sembahyang dgn mengikut imam; berimamkan 1. mempunyai seseorang sbg imam (pd waktu sembahyang): mereka sembahyang berjemaah ~ Tuan Haji Yusuf; 2. mempunyai (menganggap dsb) seseorang sbg imam (pemimpin, ketua); mengimami memimpin (dlm masa sembahyang); mengimamkan menjadikan seseorang sbg imam: saya hendak menjemput lebai ~ sembahyang jenazah; keimaman kedudukan (jawatan dll) imam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mam] | امام

Definisi : 1 orang yg mengepalai sembahyang yg dilakukan beramai-ramai (berjemaah). 2 orang yg menjadi penganjur atau pemimpin sesuatu ajaran (negara dll): ~ Yaman raja negara Yaman. ~ Mahdi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman utk menyelamatkan umat Islam. ~ perang orang yg memimpin sesuatu pasukan perang. ~ yg empat empat orang penganjur (iaitu Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki) yg menjadi ikutan sebahagian besar umat Islam sekarang. berimamkan 1 memilih atau menjadikan seseorang sbg imam (ketika sembahyang berjemaah): Kami bersembahyang jemaah ~ Ustaz Yazid. 2 mempunyai seseorang sbg pemimpin atau ketua; berketuakan. mengimami menjadi imam (ketika sembahyang berjemaah); mengepalai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imam
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Memukul itik di tepi kota,
     Mari dikayuh sampan pengail;
Imam khatib lagi berdosa,
     Bertambah lagi kita yang jahil.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pegu[p«.gu]kata kerjapadankan, pertemukan, adukan, cantum.Depa pegu anak dara Tok Imam dengan anak terona Tok Siak, lawan berzanji.[dE.pA p«.gu A.nA/ dA.ÒA to/ i.mAm d«.NAn A.nA/ t«.ҍ.nA to/ si.jA/ lA.wAn b«Ò.zAn.dZi]Mereka adukan anak gadis Tuan Imam dengan anak teruna Tok Siak bertanding berzanji.
trejai[tÒ«.dZAj]kata kerjamengeluarkan kata-kata atau pendapat yang agak kasar, cakap ikut sedap mulut, celupar mulut.Tok imam dah bekali-kali bagi nasehat kat budak trejai tu becakap elok siket.[to/ i.mAm dAh b«.kA.li.kA.li bA.gi nA.se.hAt kAt bu.dA/ tÒ«.dZAj tu b«.tSA.kAp E.l/ si.ket]Sudah berkali-kali tuan imam menasihati pemuda yang celupar mulutnya itu supaya bercakap lebih sopan.

Kembali ke atas