Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat: sekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya; saya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti; ~ akan sate; ~ dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menghendaki sesuatu yg agak susah didapati; ~ hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada prb ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup; beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; beringinkan berkehendak akan, berharap akan; mengingini, menginginkan 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam; memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu; teringin sudah berasa ingin: dia ~ hendak makan telur penyu; keinginan apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan; berkeinginan mempunyai keinginan: lelaki yg ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu atau hendak akan sesuatu: Kakak saya yg sedang hamil sangat ~ akan kedondong. mengingini mengharapkan benar-benar supaya tercapai atau mendapat sesuatu: Semua orang ~ kesenangan hidup. keinginan sesuatu yg diingini; kemahuan; harapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingin (kata kerja)
Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;,
Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tak buloq[tA/ bu.lâÖ] tidak ingin (kiasan).Aku tak buloq bekawan dengan hang.[A.ku tA/ bu.lâÖ b«.kA.wAn d«.NAn hAN]Aku tidak ingin berkawan dengan engkau.
dahoq[dA.hâÖ]kata adjektifterlalu ingin kepada hak orang lain, tamak.Dia tu dahoq sunggoh, semua hak orang dia mau.[di.jA tu dA.hâÖ suN.goh s«.mu.wA hA/ .ÒAN di.jA mAw]Dia itu tamak sungguh, semua milik orang hendak dibolotnya.
behi[b«.hi]kata adjektifasyik, gemar, suka, ingin sepenuh hati.Depa behi sunggoh dengan sayoq keladi.[dE.pA b«.hi suN.goh d«.NAn sA.jâÖ k«.lA.di]Mereka gemar sungguh dengan sayur keladi.
menanak[m«.nA.nA/]kata kerjamenyerbu disebabkan oleh rasa marah, ingin tahu dan sebagainya, meluru, menerpa.Bila dia dengaq anak dia kena tumbok, dia mai menanak cari sapa dia buat.[bi.lA di.jA d«.NA)Ö A.nA/ di.jA k«.nA tum.bo/ di.jA mAj m«.nA.nA/ tSA.Òi sA.pA di.jA bu.wAt]Bila dia mendengar anaknya kena tumbuk, dia datang dengan serta-merta untuk mencari orang yang melakukannya.
polok[p.l/]kata kerja1. sikap seseorang yang haloba, tamak dan ingin memiliki semuanya.Bila dapat peluang baek dia polok sorang saja.[bi.lA dA.pAt p«.lu.wAN bAe/ di.jA p.l/ s.ÒAN sA.dZA]Bila mendapat kesempatan yang baik, dia bolot seorang sahaja.
hoya[ho.jA]kata kerjamembuat bising, berpeleseran, merambu tanpa tujuan, berfoya-foya.Budak-budak muda tu tau seronok saja, depa dok hoya sana sini, bukan tau nak tolong mak pak depa.[bu.dAk.bu.dA/ mu.dA tu tAw s«.ҍ.n/ sA.dZA dE.pA do/ ho.jA sA.nA si.ni bu.kAn tAw nA/ tu.loN mA/ pA/ dE.pA]Anak-anak muda itu hanya suka berseronok sahaja, mereka merambu ke sana ke mari, tidak ingin hendak menolong ibu bapa mereka.

Kembali ke atas