Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menjolok 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. me­mancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga; menjolokkan menjolok utk; jolokan perbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dll, menduga hati orang dsb): dia dapat berasa ~nya tentang tang­gungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit hati orang besar itu; penjolok galah dll utk menjolok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jolok
Kata Terbitan : menjolok, jolokan,

Puisi
 

Ambil galah jolok limau,
     Limau jatuh atas paku;
Ditakdir Allah ditangkap harimau,
     Kalau hidup tak boleh kat aku.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tojah[t.dZAh]kata kerjatikam, jolok, cucuk; tojoh.Awat hang tojah budak tu, nanti luka hang juga susah.[A.wAt hAN t.dZAh bu.dA/ tu nAn.ti lu.kA hAN dZu.gA/ su.sAh]Mengapa engkau cucuk budak itu, kalau dia luka engkau juga yang susah.
tojoh[t.dZh]kata kerjatikam, jolok, cucuk; tojah.Awat hang tojoh budak tu, nanti luka hang juga susah.[A.wAt hAN t.dZh bu.dA/ tu nAn.ti lu.kA hAN dZu.gA/ su.sAh]Mengapa engkau cucuk budak itu, kalau dia luka engkau juga yang susah.
rojoh[ҍ.dZh]kata kerja1. menjolok, merodok, menikam dengan kasar.Dia rojoh buah pelam tu pasai pokok dia tinggi.[di.jA ҍ.dZh bu.wAh p«.lAm tu pA.sAj p.k/ di.jA tiN.gi]Dia jolok buah mangga itu kerana pokoknya tinggi.

Kembali ke atas