Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lau] | کالاو

Definisi : 1. kata penghubung (kata sendi) utk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihurai­kan berikutannya), jika, jikalau: pekerja-pekerja akan berhenti mogok ~ pihak majikan menerima tuntutan mereka; 2. seandai­nya, sekiranya, misalnya: ~ begitu tentu Sutan tak akan lama tinggal di rumah bukan? 3. bagi..., menurut pendapat..., sekira­nya (saya dll) yg terlibat atau yg memutuskan dsb: ~ saya, budak itu sudah patut dihukum; kalau-kalau barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anak-anda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara; kalaupun walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya; berkalau-kalau mengatakan sesuatu yg tidak pasti dgn mengatakan kalau berkali­kali, atau memberikan pelbagai alasan: mengapa pula ~ Fikri?; budaya ilmu menjauhkan masyarakat drpd membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lau] | کالاو

Definisi : 1 kata yg menyatakan syarat dll; jika: ~ tidak ada halangan, saya akan datang petang ini. 2 sekiranya; seandainya; umpamanya: ~ engkau tidak berhenti, tentu pangkatmu sudah naik. kalau-kalau barangkali; boleh jadi: Cuba bertanya pd orang tua itu, ~ dia tahu. kalaupun jika sekalipun: ~ barang itu ada, tentulah mahal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalau (kata tugas)
Bersinonim dengan jika, jikalau, seandainya, sekiranya, misalnya, bila, senyampang.,

Puisi
 

Kalau tuan menebang jati,
     Kalau tumbang saya tolakkan;
Kalau tuan mencari ganti,
     Kalau kurang saya sorakkan.


Lihat selanjutnya...(945)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(180)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jaong[dZAoN]kata adjektifredup.Kalau jemoq kaen dalam panaeh jaong, lambatla nak kerin.[kA.lu dZ«.m)Ö kAen dA.lAm pA.nAEh dZAoN lAm.bAt.lA nA/ k«.Òin]Jikalau menjemur kain dalam cuaca redup tentulah payah hendak kering.
sepa[sE.pA]kata namakami, kami semua; saya apa.Nak masok kampong ni jumpa sepa dulu.[nA/ mA.so/ kAm.poN ni dZum.pA sE.pA du.lu]Kalau hendak masuk ke kampung ini, dengan siapakah kami mesti bertemu terlebih dahulu.
pengadang[p«.NA.dAN]kata namapendinding, tangkal atau azimat.Kalu tak dak pengadang jangan masok gua tu.[kA.lu tA/ dA/ p«.NA.dAN dZA.NAn mA.so/ gu.wA tu]Kalau tidak ada pengadang, janganlah masuk ke dalam gua itu.
   2. menghisap, menghirup, menyedut (tentang minuman dan sebagainya).Kalu nak makan sipot paet kena la pandai serot.[kA.lu nA/ mA.kAn si.pot pAet k«.nA lA pAn.dAj s«.ҍt]Kalau hendak makan siput pahit mestilah tahu cara menyedutnya.
saya apa[sA.jA A.pA]kata namakami, kami semua; sepa.Nak masok kampong ni jumpa saya apa dulu.[nA/ mA.so/ kAm.poN ni dZum.pA sA.jA A.pA du.lu]Kalau hendak masuk ke kampung ini, dengan siapakah kami mesti bertemu terlebih dahulu.
   2. segulung benang, selilit benang (sebagai penjodoh bilangan).Kalu nak bagi naek wau tinggi, kena guna empat kampoi benang.[kA.lu nA/ bA.gi nAe/ wAw tiN.gi k«.nA gu.nA «m.pAt kAm.poj b«.nAN]Kalau layang-layang itu hendak diterbangkan tinggi, gunakanlah empat kampoi benang.
tojah[t.dZAh]kata kerjatikam, jolok, cucuk; tojoh.Awat hang tojah budak tu, nanti luka hang juga susah.[A.wAt hAN t.dZAh bu.dA/ tu nAn.ti lu.kA hAN dZu.gA/ su.sAh]Mengapa engkau cucuk budak itu, kalau dia luka engkau juga yang susah.
asaq[A.sAâÖ]kata namatenaga, kudrat, usaha atau upaya seseorang.Kalu harap kat asaq hang, tak buleh tangkap lagila krebau tu.[kA.lAw hA.ÒAp kAt A.sAâÖ hAN tA/ bu.leh tAN.kAp lA.gi.lA kÒ«.bAw tu]Kalau mengharapkan tenaga engkau, kerbau itu belum boleh ditangkap lagi.
tojoh[t.dZh]kata kerjatikam, jolok, cucuk; tojah.Awat hang tojoh budak tu, nanti luka hang juga susah.[A.wAt hAN t.dZh bu.dA/ tu nAn.ti lu.kA hAN dZu.gA/ su.sAh]Mengapa engkau cucuk budak itu, kalau dia luka engkau juga yang susah.
bodong[b.dN]kata namakumpulan ikan yang berenang-renang.Kalu kita buleh lengkong bodong temenung tu, penohla bot kita.[kA.lu ki.tA bu.leh lEN.kN b.dN t«.m«.nuN tu p«.nh.lA bot ki.tA]Kalau kita boleh melengkungi kumpulan ikan kembung itu dan menangkapnya dengan pukat, penuhlah bot kita.
1234

Kembali ke atas