cekam | [tS«.kAm] | kata nama | alat menanam padi yang dibuat daripada buluh yang digunakan di sawah, (tugal ialah alat untuk menanam padi huma). | Kalu pakai cekam, tiap-tiap taon kena buat baru, kuku kambin tahan sampai bila-bila. | [kA.lu pA.kAj tS«.kAm ti.jAp.ti.jAp tAon k«.nA bu.wAt bA.Òu ku.ku kAm.bin tA.hAn sAm.pAj bi.lA.bi.lA] | Kuku kambing yang diperbuat daripada besi lebih tahan lama jika dibandingkan dengan cekam. |
kampoi | [kAm.poj] | kata nama | 1. alat yang digunakan untuk melilit atau menggulung benang, gelendong. | Dia pakai pot susu buat kampul tali wau. | [di.jA pA.kAj pt su.su bu.wAt kAm.poj tA.li wAw] | Dia menggunakan tin susu kosong sebagai gelendong tali wau. |
merekam I | [m«.Ò«.kAm] | kata nama | sakit perut, senak perut, sakit hulu hati, pedih perut. | Lepaeh makan rojak, perot dia merekam saja. | [l«.pAEh mA.kAn Òo.dZA/ p«.Òot di.jA m«.Ò«.kAm sA.dZA] | Selepas makan rojak perutnya sentiasa berasa senak. |
merekam II | [m«.Ò«.kAm] | kata adjektif | berkenaan seseorang yang menyimpan perasaan marah, memendam rasa, kemarahan; merengkam. | Dah lama dia dok merekam kat budak tu pasai perangai dia tu tak senonoh sangat. | [dAh lA.mA di.jA do/ m«.Ò«.kAm kAt bu.dA/ tu pA.sAj p«.ÒA.NAj di.jA tu tA/ s«.no.noh sA.NAt] | Sudah lama dia memendam rasa marah kepada budak itu kerana perangainya yang sangat tidak sopan. |
merengkam | [m«.Ò«N.kAm] | kata adjektif | berkenaan seseorang yang menyimpan perasaan marah, memendam rasa, kemarahan; merekam I. | Dah lama dia dok merekam kat budak tu pasai perangai dia tu tak senonoh sangat. | [dAh lA.mA di.jA do/ m«.Ò«N.kAm kAt bu.dA/ tu pA.sAj p«.ÒA.NAj di.jA tu tA/ s«.no.noh sA.NAt] | Sudah lama dia memendam rasa marah kepada budak itu kerana perangainya yang sangat tidak sopan. |
mengkam | [m«N.kAm] | kata nama | sakit perut, senak perut. | Jangan dok makan buah kelubi muda banyak sangat, satni perot hang mengkam. | [dZA.NAn do/ mA.kAn bu.wAh k«.lu.bi mu.dA bA.øA/ sA.NAt sAt.ni p«.Òot hAN m«N.kAm] | Jangan makan buah kelubi muda terlalu banyak, kelak perut dapat mengkam. |
kampoi II | [kAm.poj] | kata kerja | menggulung, melilit, menarik atau mengumpul sesuatu yang panjang (seperti benang, tali dan lain-lain) sedikit demi sedikit secara berterusan pada buku benang; karau. | Lepaeh dia karau tali wau tu, dia kampul kat pot susu. | [l«.pAEh di.jA kA.ÒAw tA.li wAw tu di.jA kAm.poj kAt pt su.su] | Selepas ditarik turun tali layang-layang itu, dililitnya pada tin susu kosong. |
meloko | [m«.l.k] | kata kerja | berdiam diri sambil menundukkan kepala kerana takut, tidak berani melawan dan sebagainya (biasanya kepada manusia). | Depa tu kat kampong sendiri bukan maen belagak, masok kampong orang meloko saja. | [dE.pA tu kAt kAm.poN s«n.di.Òi bu.kAn mAen b«.lA.gA/ mA.so/ kAm.poN .ÒAN m«.l.k sA.dZA] | Mereka itu hanya berlagak berani di kampung sendiri, tetapi apabila berada di kampung orang, diam pula. |
belat | [b«.lAt] | kata kerja | menghalang, mengganggu, menyekat. | Orang kampong dok belat jalan tu tak bagi lori masok. | [.ÒAN kAm.poN do/ b«.lAt dZA.lAn tu tA/ bA.gi l.ri mA.s/] | Orang kampung menyekat jalan itu supaya lori tidak dapat masuk. |
sepa | [sE.pA] | kata nama | kami, kami semua; saya apa. | Nak masok kampong ni jumpa sepa dulu. | [nA/ mA.so/ kAm.poN ni dZum.pA sE.pA du.lu] | Kalau hendak masuk ke kampung ini, dengan siapakah kami mesti bertemu terlebih dahulu. |