Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
capoi II[tSA.poj]kata adjektifsuka mengeluarkan kata-kata yang tidak perlu tetapi berat padahnya, celupar.Orang tu marah kat hang pasal mulot hang capoi sangat.[.ÒAN tu mA.ÒA kAt hAN pA.sAj mu.lot hAN tSA.poj sA.NAt]Orang itu marah kepada kamu kerana mulut kamu celupar sangat.
rap[ÒAp]kata adjektif1. sudah siap dikerjakan atau disiapkan untuk ditanami.Kita kena rap bendang kita ari Rabu depan, pasai depa nak tanam sekali pakai mesen.[ki.tA k«.nA ÒAp b«n.dAN ki.tA A.Òi ÒA.bu d«.pAn pA.sAj dE.pA nA/ tA.nAm s«.kA.li pA.kAj me.sen]Kita mesti menyiapkan bendang kita pada hari Rabu depan, kerana kerja-kerja penanaman padi akan dijalankan serentak dengan mesin.
poi[poj]kata adjektifempuk, gembur, gebu.Dagin tu poi sunggoh, tok hak tak dak gigi pon buleh makan.[dA.gin tu poj suN.goh to/ hA/ tA/ dA/ gi.gi pon bu.leh mA.kAn]Daging itu sungguh empuk, nenek yang tiada bergigi pun boleh memamahnya.
ota[.tA]kata adjektifbohong, temberang; auta.Hang jangan dok pecaya kat dia, dia tu ota manjang.[hAN dZA.NAn do/ p«.tSA.jA kAt di.jA di.jA tu .tA mAn.dZAN]Engkau jangan percaya dengan dia, dia tu selalu bercakap bohong.
nin[nin]kata adjektiftenang, jernih.Amboi, ayaq danau tu tak bekocak langsong, nin saja.[Am.boj A.jA)Ö dA.nAw tu tA/ b«.ko.tSA/ lAN.soN nin sA.dZA]Amboi, air di danau itu sungguh tenang dan jernih sekali.
lus[lus]kata adjektiflonggar (misalnya skru dan sebagainya).Sekeru tu lus dah, pasai trip dia hus langsong.[s«.k«.ru tu lus dAh pA.sAj trip di.jA hus lAN.soN]Skru tu sudah longgar kerana bunganya sudah haus.
lom[lom]kata adjektifmasak ranum (bagi buah yang boleh dimakan mentah seperti jambu, gajus dan sebagainya).Buah jambu tu lom dah, awat tak ambek lagi.[bu.wAh dZAm.bu tu lom dAh A.wAt tA/ Am.be/ lA.gi]Buah jambu itu sudah masak ranum, mengapa tidak dipetik lagi.
lan[lAn]kata adjektifberkenaan rasa jijik dan meloyakan apabila melihat sesuatu yang kotor, (umpamanya nanah, muntah dan lain-lain), muak, jijik; damuih.Aku rasa lan nak makan kat kedai tepi paret tu.[A.ku ÒA.sA lAn nA/ mA.kAn kAt k«.dAj t«.pi pA.Òet tu]Aku berasa jijik hendak makan di kedai tepi parit itu.
laik[lAi/]kata adjektifhalus, licin lembut (seperti, tepung, baja dan sebagainya).Kaen sutera lebeh laik lagi dari kaen cit.[kAen su.t«.ÒA l«.beh lAi/ lA.gi dA.Òi kAen tSit]Kain sutera lebih halus daripada kain cita.
laeh[lAEh]kata adjektifletih, daif, selekeh, tidak bermaya.Awat hang ni laeh sangat, saket ka, pi la jumpa dokto.[A.wAt hAN ni lAEh sA.NAt sA.ket kA pi lA dZum.pA d/.t]Kenapa engkau lemah sangat, jika sakit, pergilah berjumpa doktor.
12345678910...

Kembali ke atas