Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kolom[k.lm]kata adjektifkeadaan terperosoknya kepala ke dalam songkok (topi dan sebagainya) yang lebih besar saiznya daripada kepala.Kepala dia kecik, kepiah dia besak, bila pakai nampak kolom sunggoh.[k«.pA.lA di.jA k«.tSi/ k«.pi.jAh di.jA b«.sA)Ö bi.lA pA.kAj nAm.pA/ k.lm suN.goh]Apabila kepalanya yang kecil itu dipakaikan songkok besar, kepalanya terperosok ke dalam.
buat kerin[bu.wAt k«.Òin] keadaan selamba seseorang selepas melakukan sesuatu perbuatan (yang tidak baik) sebagai reaksi terhadap tuduhan ke atasnya.Semua orang nampak dia ambek buah tu tapi bila orang tudoh dia, dia buat kerin saja.[s«.mu.wA .ÒAN nAm.pA/ di.jA Am.be/ bu.wAh tu tA.pi bi.lA .ÒAN tu.doh di.jA di.jA bu.wAt k«.Òin sA.dZA]Semua orang melihat dia yang mengambil buah itu tetapi apabila dituduh, dia berlagak seolah-olah tidak melakukannya.
merelop[m«.ÒE.lp]kata adjektifkeadaan waktu hampir akan malam, senja kala, senja.Budak-budak kecik tak baek maen kat luaq rumah masa merelop.[bu.dA/.bu.dA/ k«.tSi/ tA/ bAe/ mAen kAt lu.wA)Ö Òu.mAh mA.sA m«.ÒE.lp]Kana-kanak tidak baik bermain di luar rumah pada waktu senja.
menceruih[m«n.tS«.wuih]kata adjektifkeadaan kumpulan ikan (paya, sungai dan lain-lain) yang mabuk akibat daripada perubahan habitat atau alam sekitar (hujah lebat, air melimpah, percampuran air masin dengan air tawar) dan sebagainya.Dia dapat ikan banyak pasai pi saok ikan dok menceruih.[di.jA dA.pAt i.kAn bA.øA/ pA.sAj pi sAo/ i.kAn do/ m«n.tS«.wuih]Dia mendapat banyak ikan dengan cara menyauk kumpulan ikan yang sedang mabuk.
bekabong[b«.kA.boN]kata adjektifberkenaan keadaan yang bersepah-sepah dan berselerak.Terok mak depa nak simpan, bilek depa bekabong sedia.[t«.Òo/ mA/ dE.pA nA/ sim.pAn bi.le/ dE.pA b«. kA.boN s«.di.jA]Teruklah emak mereka mengemaskan bilik yang bersepah-sepah barangnya itu.
gagah[gA.gAh]kata kerjamencuba, berikhtiar dalam keadaan tidak berupaya, menggagahi.Tok wan tak larat jalan dah, tapi dia gagah jugak pi masjed.[to/ wAn tA/ lA.ÒAt dZA.lAn dAh tA.pi di.jA gA.gAh dZu.gA/ pi mAs.dZed]Datuk kurang berdaya namun dia mencuba juga berjalan ke masjid.
melentang abau[m«.l«n.tAN A.bAw] tidur dalam keadaan melentang. Kebiasaannya bukan atas katil atau dalam bilik tidur tetapi di tempat lain seperti di muka pintu dan lain-lain.Lepaeh makan nasik, Pak Kasim melentang abau kat serambi.[l«.pAEh mA.kAn nA.si/ pA/ kA.sim m«.l«n.tAN A.bAw kAt s«.ÒAm.bi]Selepas makan nasi, Pak Kasim tidur terlentang di serambi.
don[dn]kata adjektifberkenaan muka masam seperti berada dalam keadaan yang tegang, marah, merajuk; com.Kami tak berani pi dekat pak, nampak muka dia don saja.[kA.mi tA/ b«.ÒA.ni pi d«.kAt pA/ nAm.pA/ mu.kA di.jA dn sA.dZA]Kami tidak berani mendekati bapa yang sedang bermuka masam itu.
com[tSm]kata adjektifberkenaan muka masam seperti berada dalam keadaan yang tegang, marah, merajuk; don.Awat hang com saja ari ni, hang gadoh dengan bini hang ka?[A.wAt hAN tSm sA.dZA A.Òi ni hAN gA.doh d«.NAn bi.ni hAN kA]Kenapa kamu masam muka sahaja hari ini, kamu bergaduh dengan isteri kamukah?
belengaeh[b«.l«.NAEh]kata adjektifberkenaan badan atau pakaian dalam keadaan kotor, selekeh, comot biasanya basah dan melekit.Muka dia belengaeh, penoh hinguih.[mu.kA di.jA b«.l«.NAEh p«.noh hi.Nuih]Mukanya berselekeh kerana dipenuhi dengan hingus.
12

Kembali ke atas