Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecewa;

Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti anjing kedahuluan.

Bermaksud :

Kecewa dan takut. kedahuluan = didului oleh harimau waktu mengejar perburuan.

 

Lihat selanjutnya...(11)

187

There are plenty more fish in the sea

Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

"Don't be sad. There are plenty of more fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.

''Jangan bersedih. Kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pelahau[p«.lA.hAw]kata adjektifkecewa, hampa, terlepas peluang; tepelahau.Budak tu tepelahau pasai tak dapat masok pereksa.[bu.dA/ tu p«.lA.hAw pA.sAj tA/ dA.pAt mA.so/ p«.Òe/.sA]Budak itu kecewa kerana tidak dapat menduduki peperiksaan.
tepelahau[t«.p«.lA.hAw]kata adjektifkecewa, hampa, terlepas peluang; pelahau.Budak tu tepelahau pasai tak dapat masok pereksa.[bu.dA/ tu t«.p«.lA.hAw pA.sAj tA/ dA.pAt mA.so/ p«.Òe/.sA]Budak itu kecewa kerana tidak dapat menduduki peperiksaan.
hau[hAw]kata adjektifkecewa, hampa, gagal.Dia pi nak kutep utang orang tak bayaq dia balek hau saja.[di.jA pi nA/ ku.tep u.tAN .ÒAN tA/ bA.jAâÖ di.jA bA.le/ hAw sA.dZA]Dia pergi mengutip hutang tetapi tidak berhasil lalu pulang dengan kecewa.
tedahak[t«.dA.hA/]kata adjektifberasa kecewa atau hampa kerana tidak mendapat sesuatu yang diharapkan; tedehak.Dia rasa tedahak bila bukak tengok periok nasik, bukan takat nasik, kerak pon tak dak.[di.jA ÒA.sA t«.dA.hA/ bi.lA bu.kA/ tE.N/ p«.Òi.jo/ nA.si/ bu.kAn tA.kAt nA.si/ k«.ÒA/ pon tA/ dA/]Dia merasa hampa apabila dibukanya periuk nasi, jangankan nasi, kerak pun tiada.
tedehaq[t«.d«.hA)Ö]kata adjektifberasa kecewa atau hampa kerana tidak mendapat sesuatu yang diharapkan; tedahak.Dia rasa tedahaq bila bukak tengok periok nasik, bukan takat nasik, kerak pon tak dak.[di.jA ÒA.sA t«.d«.hA)Ö bi.lA bu.kA/ tE.N/ p«.Òi.jo/ nA.si/ bu.kAn tA.kAt nA.si/ k«.ÒA/ pon tA/ dA/]Dia merasa hampa apabila dibukanya periuk nasi, jangankan nasi, kerak pun tiada.

Kembali ke atas