[ke.hai.ra.nan] | کحيرانن
Definisi : 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia tercengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihiraukan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.hai.ra.nan] | کحيرانن
Definisi : = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan; sangat hairan: Dia tercengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu. 2 keadaan atau rasa hairan: Keadaan pelik itu menimbulkan ~ di kalangan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)