Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang atau jelas kelihat­an (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) ark sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama; mengelamkan 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadi­kan (agak) gelap, menyuramkan, menggelap­kan; kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri; pengelaman perihal atau perbuatan menge­lamkan, penggelapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelam I

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kelam bagai malam dua puluh tujuh.

Bermaksud :

Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kalot[kA.lot]kata adjektifsibuk, kelam-kabut.Mokalu pi rumah dia, dia cukop kalot suroh kita makan nasik jugak.[m.kA.lu pi Òu.mAh di.jA di.jA tS.kop kA.lot su.Òoh ki.tA mA.kAn nA.si/ dZu.gA/]Jika pergi ke rumahnya, dia sibuk menyuruh kita makan nasi di rumahnya.

Kembali ke atas