Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.le.bi.han] | کلبيهن

Definisi : 1. sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan: Sayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yg mempunyai banyak ~ dan sifat-sifat yg teristimewa; 2. bilangan yg berlebih, bilangan yg lebih banyak: beliau telah menang dlm pilihan raya itu dgn mendapat ~ undi; 3. = lebihan yg berlebih, bakinya, sisanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.le.bi.han] | کلبيهن

Definisi : 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Peribahasa

Bembam bukan terung.

Bermaksud :

Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
redak II[Ò«.dA/]kata kerjaberlebihan, kelebihan makanan.Kue kat tempat kenuri tu redak pasai semua hak mai bawak kue.[kue kAt t«m.pAt k«.nu.Òi tu Ò«.dA/ pA.sAj s«.mu.wA hA/ mAj bA.wA/ kue]Kuih di tempat kenduri itu berlebihan kerana semua orang yang datang membawa kuih masing-masing.
juah[dZu.wAh]kata adjektifberlagak sombong, angkuh dan megah (kerana sesuatu kelebihan yang dimiliki).Mokalu hang anak orang kaya, jangan tunjok juah sangat kat orang.[m.kA.lu hAN A.nA/ .ÒAN kA.jA dZA.NAn tun.dZo/ dZu.wAh sA.NAt kAt .ÒAN]Kalaupun engkau anak orang kaya, janganlah berlagak sangat.

Kembali ke atas