Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kelepiaq[k«.l«.pi.jA)Ö]kata kerjamengitai (tangan), mengetis atau mengibaskan jari untuk menanggalkan sesuatu (ulat dan lain-lain), kepir.Budak tu dok kelepiaq tangan dia pasai nasik dok ada kat tangan dia.[bu.dA/ tu do/ k«.l«.pi.jA)Ö tA.NAn di.jA pA.sAj nA.si/ do/ A.dA kAt tA.NAn di.jA]Budak itu mengibas tangan untuk menanggalkan biji nasi yang melekat di jarinya.
ngap[NAp]kata kerjamasuk ke dalam mulut (binatang), gigit, baham.Kalu nak bagi makan kat monyet tu, jangan guna tangan, kot dia ngap tangan kita.[kA.lu nA/ bA.gi mA.kAn kAt m.øEt tu dZA.NAn gu.nA tA.NAn kot di.jA NAp tA.NAn ki.tA]Jika hendak menyuap makanan pada monyet tu, jangan menggunakan tangan, nanti ditokaknya tangan kita.
kerumit[k«.Òu.mit]kata kerjamenguit dan mengorek-ngorek dengan kuku jari tangan.La ni ada orang hak mai salam dengan kita, depa kerumit tapak tangan.[lA ni A.dA .ÒAN hA/ mAj sA.lAm d«.NAn ki.tA dE.pA k«.Òu.mit tA.pA/ tA.NAn]Sekarang ini ada orang yang datang bersalaman dengan cara mengerumut tapak tangan.
gabuih[gA.buih]kata kerja1. mencuci atau menanggalkan kekotoran (yang sedikit) dengan cara menyapu tapak tangan atau kain, lap, kesat, sapu; relaeh.Dia gabuih habok merah hak lekat kat seluaq dia dengan sapu tangan.[di.jA gA.buih hA.bo/ mE.ÒAh hA/ l«.kAt kAt s«.lu.wAâÖ di.jA d«.NAn sA.pu tA.NAn]Dia menanggalkan habuk merah yang melekat di seluarnya dengan menggunakan satu tangan.
utau[u.tAw]kata kerjamemberi isyarat dengan menggunakan tangan.Pak dok utau mak dari seberang jalan ajak balek.[pA/ do/ u.tAw mA/ dA.Òi s«.b«.ÒAN dZA.lAn A.jA/ bA.le/]Bapa yang berada di seberang jalan memberi isyarat tangan kepada ibu mengajaknya pulang.
kelebek[k«.lE.bE/]kata kerjamenyelak dan mencari sambil meneliti sesuatu seperti buku, lipatan pakaian, dompet dan lain-lain dalam jangka waktu yang agak lama.Tang malam dah hang dok kelebek beg tangan tu, takkan tak jumpa lagi paspot mak hang.[tAN mA.lAm dAh hAN do/ k«.lE.bE/ bEg tA.NAn tu tA/.kAn tA/ dZum.pA lA.gi pAs.pot mA/ hAN]Sudah lama kamu mencari-cari dalam beg tangan itu, takkanlah tidak ditemui lagi kad pengenalan emak kamu.
taboh[tA.boh]kata kerjamemukul atau pukul dengan tangan (kiasan), tampar; laboh.Kawaq tu depa laboh sampai pengsan.[kA.wA)Ö tu dE.pA tA.boh sAm.pAj pEN.sAn]Pencuri itu mereka pukul hingga pengsan.
laboh[lA.boh]kata kerjamemukul atau pukul dengan tangan (kiasan), tampar; tabuh.Kawaq tu depa laboh sampai pengsan.[kA.wA)Ö tu dE.pA lA.boh sAm.pAj pEN.sAn]Pencuri itu mereka pukul hingga pengsan.
santau[sAn.tAw]kata kerjamengunjurkan atau meletakkan kaki atau tangan ke atas sesuatu; hantau.Pasai lengoh sangat, dia santau kaki kanan dia kat ataeh bangku.[pA.sAj l«.Noh sA.NAt di.jA sAn.tAw kA.ki kA.nAn di.jA kAt A.tAEh bAN.ku]Kerana terlalu lenguh, dia meletakkan kaki kanan ke atas kerusi.
hantau[hAn.tAw]kata kerjamengunjurkan atau meletakkan kaki atau tangan ke atas sesuatu; santau.Budak-budak tak buleh hantau kaki depan orang tua.[bu.dA/.bu.dA/ tA/ bu.leh hAn.tAw kA.ki d«.pAn .ÒAN tu.wA]Budak-budak tidak boleh mengunjurkan kaki di depan orang tua.
12

Kembali ke atas