Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ka] | کتيک

Definisi : 1 waktu yg pendek atau waktu tertentu; saat: ~ itu, saya sedang duduk berbual-bual dgn kawan-kawan di halaman rumah. 2 pd waktu (masa); semasa; tatkala: Dia sedang beristirahat ~ kami sampai di rumahnya. seketika sebentar; sekejap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Ketika bambangan balu;
Meskipun jauh berkirim pesan,
     Pesan jangan dibuang lalu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ketika ada jangan dimakan,
     telah habis (= tiada) maka dimakan.

Bermaksud :

Berhemat cermat dalam penghidupan.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tenggak[t«N.gA/]kata namaketika, masa, waktu.Tenggak kita nak makan dia pon mai.[t«N.gA/ ki.tA nA/ mA.kAn di.jA pon mAj]Ketika kita hendak makan dia pun sampai.
oncat[n.tSAt]kata kerjamenaikkan dan menurunkan umpan dalam air, menggerak-gerakkan joran supaya umpan kelihatan seperti melompat-lompat berulang-ulang ketika mengail untuk menarik perhatian ikan ketika mengail.Kalu kita rajen oncat, baru cepat dapat ikan.[kA.lu ki.tA ÒA.dZen n.tSAt bA.Òu tS«.pAt dA.pAt i.kAn]Jika kita selalu meloncat-loncatkan dan menurunkan umpan di permukaan air, barulah cepat mendapat ikan.
   2. menenang, mengarahkan (senapang dan lain-lain) ketika hendak menembak dengan setepat-tepatnya ke sasaran, bidik; perembang.Hang kena banah betoi-betoi masa hang nak tembak.[hAN k«.nA bA.nAh b«.toj.b«.toj mA.sA hAN nA/ tEm.bA/]Kamu mesti tenang betul-betul semasa hendak menembak.
tegadaeh[t«.gA.dAEh]kata kerjatersepak kaki sendiri (ketika berjalan, berlari, bermain) yang boleh menyebabkannya jatuh.Masa dia dok bejalan, dia tegadaeh kaki pasai dia ralet dok perati kat laen.[mA.sA di.jA do/ b«.dZA.lAn di.jA t«.gA.dAEh kA.ki pA.sAj di.jA ÒA.l«t do/ p«.ÒA.ti kAt lAen]Semasa berjalan, dia tersepak kakinya sendiri kerana asyik melihat ke arah lain.
perembang[p«.Ò«m.bAN]kata kerja1. menenang, mengarahkan (senapang dan lain-lain) ketika hendak menembak dengan setepat-tepatnya ke sasaran, bidik; banat.Penembak tu dok perembang senapang dia kat gagak ataeh dahan tu.[p«.nEm.bA/ tu do/ p«.Ò«m.bAN s«.nA.pAN di.jA kAt gA.gA/ A.tAEh dA.hAn tu]Penembak itu sedang menenang senapangnya ke arah burung gagak yang hinggap di dahan itu.
lam[lAm]kata namaorang perantaraan yang memahami bahasa atau isyarat yang digunakan oleh bomoh ketika menurun, jurucakap semasa dukun menurun.Kalu tak dak lam, kita tak reti apa hak bomo menuron kata.[kA.lu tA/ dA/ lAm ki.tA tA/ Ò«.ti A.pA hA/ b.m m«.nu.Òon kA.tA]Kalau tidak ada orang perantaraan, kita tidak akan memahami apa-apa yang dikatakan oleh bomoh yang menurun.
remban[Ò«m.bAn]kata namabatang kayu kecil (buluh dan lain-lain) yang dipasang pada titi dan lain-lain sebagai pemegang ketika meniti.Titi tu depa guna batang nyoq sebatang lepaeh tu depa letak remban kat titi tu bagi orang pegang masa depa guna titi tu.[ti.ti tu dE.pA gu.nA bA.tAN ø)Ö s«.bA.tAN l«.pAEh tu dE.pA l«.tA/ Ò«m.bAn kAt ti.ti tu bA.gi .ÒAN p«.gAN mA.sA dE.pA gu.nA ti.ti tu]Titi yang dibina dengan menggunakan batang pokok kelapa itu dipasang remban sebagai pemegang untuk memudahkan orang menitinya.
coeh[tSâEâh]kata kerjamuncul, timbul, datang dengan tiba-tiba.Tengah kami dok makan, coeh dia mai.[t«.NAh kA.mi do/ mA.kAn tSâEâh di.jA mAj]Ketika kami makan, dia muncul dengan tiba-tiba.
tok nyang[to/ øAN] moyang, nenek (bapa atau emak kepada datuk, atau nenek seseorang).Masa tok nyang hang mati, hang tak dak lagi.[mA.sA to/ øAN hAN mA.ti hAN tA/ dA/ lA.gi]Ketika moyang kamu meninggal dunia, engkau belum dilahirkan lagi.
cucoq ubi[tSu.tSâÖ u.bi]kata namakiasan untuk selipar Jepun (kata kiasan).Senang nak jalan mokalu pakai kasut cucok ubi kreja kat laman rumah, pakai kasot sepatu susah.[s«.nAN nA/ dZA.lAn m.kA.lu pA.kAj kA.sot tSu.tSâÖ u.bi kÒ«.dZA kAt lA.mAn Òu.mAh pA.kAj kA.sot s«.pA.tu su.sAh]Lebih selesa memakai selipar Jepun ketika membuat kerja di halaman rumah, daripada memakai kasut.
12

Kembali ke atas