[ko.pa/] | کوڤق
Definisi : 1. pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dsb (bkn papan, dinding dsb): beberapa keping lantai dan dinding papan rumah itu telah ~; 2. patah dan jatuh atau terkulai (bkn dahan pokok dsb), sekah: banyak dahan pokok yg ~ akibat tiupan angin ribut yg kencang; 3. bp kehabisan wang kerana sangat banyak berbelanja dsb: ~lah aku nanti sekiranya majlis itu hendak diadakan secara besar-besaran; ~-kapik sangat buruk (kerana banyak bahagiannya yg rosak, pecah, kemik, dll): rumah di sawah itu banyak yg ~-kapik; mengopak 1. mengupas, mengobak, menguliti: ~ kelapa; 2. memecahkan, mengumpil hingga tercabut, merosakkan: ~ dinding rumah; terkopak terkupas, terkelopak, tercabut, tertanggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ko.pa/] | کوڤق
Definisi : ark sj alat bunyi-bunyian; kopok I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ko.pa/] | کوڤق
Definisi : 1 pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dsb (bkn papan, dinding dsb): Beberapa keping lantai papan rumah buruk itu telah ~. 2 bp kehabisan wang, mis kerana telah banyak berbelanja atau berbelanja tidak mengikut kemampuan diri: Dia ~ kerana berbelanja mengikut nafsu. mengopak 1 mengumpil hingga tercabut atau tertanggal (pintu dll); memecahkan: ~ dinding rumah. 2 membuang atau menanggalkan kulit buah-buahan; mengupas; mengopek: ~ kelapa (durian). terkopak terkopek atau tertanggal kulitnya (bkn buah-buahan); terkupas. ~-kapik sangat buruk keadaannya (kerana banyak yg rosak, pecah, kemik dll): Rumah-rumah di kampung itu semuanya ~-kapik kerana lama terbiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)