[ko.ya/] | کويق
Definisi : carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup berkorban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-laung) kuat-kuat; mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan menyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ko.ya/] | کويق
Definisi : sobek (bkn kain, kertas dll); carik; robek: Bajunya ~ terkait onak. Buku itu sudah ~. ~ rabak koyak yg panjang dan lebar. mengoyakkan menjadikan koyak (carik); menyiat; mencarik: ~ kertas; ~ sampul surat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)