larap II | [lA.ÒAp] | kata kerja | melampau (bahasa kasar) | Laku dia tu larap, awat hang tak marah kat dia? | [lA.ku di.jA tu lA.ÒAp A.wAt hAN tA/ mA.ÒAh kAt di.jA] | Kelakuannya sudah melampau, mengapa engkau tidak marah akan dia? |
pedap II | [p«.dAp] | kata adjektif | berkenaan cara berjalan yang perlahan-lahan, berhati-hati. | Awat hang jalan tepedap-pedap, macam kucin nak tangkap tikuih. | [A.wAt hAN dZA.lAn t«.p«.dAp.p«.dAp mA.tSAm ku.tSin nA/ tAN.kAp ti.kuih] | Kenapa awak berjalan berhati-hati, seperti kucing hendak menangkap tikus. |
pulun | [pu.lun] | kata adjektif | melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (biasanya dengan tujuan mengejar waktu); kampoi II. | Dia pulun baca buku nak paih pereksa. | [di.jA pu.lun bA.tSA bu.ku nA/ pAih p«.ÒE/.sA] | Dia bersungguh-sungguh membaca buku kerana hendak lulus periksa. |
ganteh II | [gAn.teh] | kata kerja | mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; banah I. | Mokalu nak boh pelapek kat tiang tu kita kena ganteh tiang dengan kayu hak kuat. | [m.kA.lu nA/ boh p«.lA.pe/ kAt ti.jAN tu ki.tA k«.nA gAn.teh ti.jAN d«.NAn kA.ju hA/ ku.wAt] | Kalau hendak memasang pelapik, kita mesti mengungkil tiang dengan menggunakan kayu yang keras. |
banah | [bA.nAh] | kata kerja | 1. mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; ganteh II. | Tulong mai ramai-ramai, aku nak banah rumah, petang ni. | [tu.loN mAj ÒA.mAj.ÒA.mAj A.ku nA/ bA.nAh Òu.mAh p«.tAN ni] | Tolong datang ramai-ramai kerana aku hendak mengangkat rumah pada petang ini. |