bohoq | [b.hâÖ] | kata nama | timbunan tanah yang bercampur dengan kulit-kulit siput. | Ataeh bohoq tu bulehla pacak tiang rumah, tempat laen semua keleboq. | [A.tAEh b.hâÖ tu bu.leh.lA pA.tSA/ ti.jAN Òu.mAh t«m.pAt lAen s«.mu.wA k«.l«.bâÖ] | Di atas tanah bohor itu bolehlah didirikan tiang rumah, tempat lain semuanya berlumpur. |
bangsai | [bAN.sAj] | kata kerja | menumbuk (padi, dan lain-lain) bagi kali pertama dan beras belum bersih (beras masih lagi mengandungi kulit-kulit yang kasar dan antah). | Depa bangsai padi guna alu mampai. | [dE.pA bAN.sAj pA.di gu.nA A.lu mAm.pAj] | Mereka menumbuk padi kali pertama dengan menggunakan alu yang mampal. |
bam | [bAm] | kata nama | bahagian atau permukaan yang lebih besar pada sebuah gendang silat, (biasanya berukuran lilit antara 24 hingga 29 inci), daripada kulit lembu. Bahagian yang kecil disebut cang. | Kulet belah bam kena ganti, pasai depa pukoi kuat sangat sampai pecah. | [ku.let b«.lAh bAm k«.nA gAn.ti pA.sAj dE.pA pu.koj ku.wAt sA.NAt sAm.pAj p«.tSAh] | Kulit di bahagian bam hendaklah digantikan, kerana mereka memukulnya terlalu kuat sehingga pecah. |
melecaq | [m«.l«.tSA)Ö] | kata adjektif | berkenaan terkelupas kulit kerana tergesel, terkena air panas dan lain-lain. | Kulet tangan dia melecaq kena batu. | [ku.let tA.NAn di.jA m«.l«.tSA)Ö k«.nA bA.tu] | Kulti tangannya terkelupas tergesel batu. |
bedenel | [b«.dE.nEl] | kata adjektif | berkenaan kudis atau penyakit kulit pada anggota badan seperti mata, telinga dan lain-lain dalam keadaan basah, melekit, berair, lembap dan sebagainya; bedene. | Kude hang tu dok bedenel, hang tak buboh ubatka? | [ku.de hAN tu do/ b«.dE.nEl hAN tA/ bu.boh u.bAt.kA] | Kudis kamu sentiasa berair, tidakkah kamu bubuh ubat. |
bedene | [b«.dE.nE] | kata adjektif | berkenaan kudis atau penyakit kulit pada anggota badan seperti mata, telinga dan lain-lain dalam keadaan basah, melekit, berair, lembap dan sebagainya; bedenel. | Kude hang tu dok bedene, hang tak buboh ubatka? | [ku.de hAN tu do/ b«.dE.nE hAN tA/ bu.boh u.bAt.kA] | Kudis kamu sentiasa berair, tidakkah kamu bubuh ubat. |
ketibat | [k«.ti.bAt] | kata nama | sejenis serangga (seperti tuma, tungau) yang menggigit pada kulit manusia atau haiwan. Biasanya terdapat di pokok. | | | |
loceh | [l.tSEh] | kata kerja | menarik sesuatu yang menutupi hingga ke had tertentu (seperti kain, kulit zakar dan sebagainya). | Nak bagi senang loceh kote, masa nak masok jawi, suroh budak tu berendam dalam ayaq. | [nA/ bA.gi s«.nAN l.tSEh k.tE mA.sA nA/ mA.so/ dZA.wi su.Òoh bu.dA/ tu b«.Ò«n.dAm dA.lAm A.jA)Ö] | Untuk memudahkan kemaluan budak itu diloceh sebelum berkhatan, budak itu hendaklah disuruh berendam dalam air dahulu. |
cang | [tSAN] | kata nama | bahagian atau permukaan yang lebih kecil pada sebuah gendang silat, daripada kulit lembu. Bahagian yang besar dipanggil bam. | Bunyi gendang belah cang tu deraeh, bunyi gendang belah bam pelan sikit. | [bu.øi g«n.dAN b«.lAh tSAN tu d«.ÒAeh bu.øi g«n.dAN b«.lAh bAm p«.lAn si.kit] | Bunyi gendang di bahagian cang lebih kuat daripada bahagian bam. |
perat | [p«.ÒAt] | kata adjektif | berkenaan bau keringat atau peluh yang semula jadi, hamis, hapak, hangit; kesaq. | Cuba hang makan kulet limau nipeh, amai selalu, lama-lama bau perat badan hang tu hilang. | [tSu.bA hAN mA.kAn ku.let li.mAw ni.peh A.mAj s«.lA.lu lA.mA.lA.mA bAw p«.ÒAt bA.dAN hAN tu hi.lAN] | Cuba engkau amalkan memakan kulit limau nipis, lama-kelamaan tentu bau tengik badan engkau itu hilang. |