Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumpulan;

Puisi
 

Anak Cina main gelombang,
     Nampak dari Tanjung Jati;
Tuan umpama bunga yang kembang,
     Sentiasa hidup di dalam hati.

Anak beruk di kayu rendang,
     Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
     Cantik manis di mata saya.

Anak ikan dimakan ikan,
     Ikan berenang dalam perigi;
Hilang intan berganti intan,
     Intan bernama payung negeri.


Lihat selanjutnya...(1000)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bodong[b.dN]kata namakumpulan ikan yang berenang-renang.Kalu kita buleh lengkong bodong temenung tu, penohla bot kita.[kA.lu ki.tA bu.leh lEN.kN b.dN t«.m«.nuN tu p«.nh.lA bot ki.tA]Kalau kita boleh melengkungi kumpulan ikan kembung itu dan menangkapnya dengan pukat, penuhlah bot kita.
gelong[g«.loN]kata namakumpulan atau puak dalam masyarakat (yang sependapat atau sealiran fahamannya sekampung dan lain-lain)Dulu dia kaki melepak, tapi la ni masok gelong masjed pulak.[du.lu di.jA kA.ki m«.lE.pA/ tA.pi lA ni mA.so/ g«.loN mAs.dZed pu.lA/]Dulu dia suka melepak, tapi sekarang ini sudah masuk kumpulan ahli-ahli masjid.
menceruih[m«n.tS«.wuih]kata adjektifkeadaan kumpulan ikan (paya, sungai dan lain-lain) yang mabuk akibat daripada perubahan habitat atau alam sekitar (hujah lebat, air melimpah, percampuran air masin dengan air tawar) dan sebagainya.Dia dapat ikan banyak pasai pi saok ikan dok menceruih.[di.jA dA.pAt i.kAn bA.øA/ pA.sAj pi sAo/ i.kAn do/ m«n.tS«.wuih]Dia mendapat banyak ikan dengan cara menyauk kumpulan ikan yang sedang mabuk.
kedap[k«.dAp]kata namalonggokan atau kumpulan padi yang telah dikerat batangnya dan belum dibanting.Depa letak kedap padi hak baru kerat tu kat ataeh bataeh.[dE.pA l«.tA/ k«.dAp pA.di hA/ bA.Òu k«.ÒAt tu kAt A.tAEh bA.tAEh]Longgokkan padi yang baru dikerat itu diletakkan oleh mereka di atas permatang.
bedudun[b«.du.dun]kata adjektifberkenaan kumpulan manusia yang berbondong-bondong, berduyun-duyun dan bertali arus.Setat pagi tadi orang berdudun ataeh jalan pi tengok Pesta Langkawi.[s«.tAt pA.gi tA.di .ÒAN b«.du.dun A.tAEh dZA.lAn pi tE.N/ pEs.tA lAN.kA.wi]Sejak pagi tadi, orang ramai bertali arus di jalan kerana menyaksikan Pesta Langkawi.
bekehele[b«.k«.hE.lE]kata adjektifkeletihan (dalam satu kumpulan atau kelompok).Lepaeh begotong-royong, depa bekehele dok berehat kat tepi surau tu.[l«.pAEh b«.go.toN.ҍ.jN dE.pA b«.k«.hE.lE do/ b«.ÒE.hAt kAt t«.pi su.ÒAw tu]Selepas bergotong-royong, mereka keletihan lalu duduk berehat di tepi surau itu.
ketuloi[k«.tu.loj]kata namaketua pada peringkat cawangan sesuatu kumpulan jahat.Bila ketuloi besaq tu kena tangkap, habeh la becempera anak buah dia.[bi.lA k«.tu.loj b«.sA)Ö tu k«.nA tAN.kAp hA.beh lA b«.tS«m.p«.ÒA A.nA/ bu.wAh di.jA]Apabila ketuanya kena tangkap, habislah bertempiaran ahli-ahli kumpulannya.

Kembali ke atas