Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.hap] | لاهڤ

Definisi : 1. suka makan banyak-banyak (dan tidak pula cerewet tentang makan), gelojoh, rakus: dia terlalu ~; 2. gelojoh (bkn makan), banyak­-banyak (apabila makan): dimakannya nasi yg di atas meja itu dgn ~; melahap bk makan dgn gelojoh, makan banyak-banyak; pelahap 1. orang yg makan banyak-banyak (dgn gelojoh): ~ benar budak itu; 2. ki tamak, serakah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.hap] | لاهڤ

Definisi : suka makan banyak-banyak dgn tidak memilih; buruk makan; gelojoh: Dimakannya nasi itu dgn ~. melahap makan dgn gelojoh; makan banyak-banyak. pelahap orang yg lahap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lahap (adjektif)
Bersinonim dengan gelojoh, rakus, kemaruk, pajuh, majuh, lalah, caruk, demap, bolar, celungap, camar, cerbak, celici, buruk makan, besar perut, besar lambung;,
Kata Terbitan : melahap, pelahap,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bengkong[b«N.koN]kata kerja1. makan dengan rakus, gelojoh, lahap.Pasai dia lapaq, dia bengkong nasik satu periok.[pA.sAj di.jA lA.pAâÖ di.jA b«N.koN nA.si/ sA.tu p«.Òi.jo/]Dia makan seperiuk nasi kerana tersangat lapar.

Kembali ke atas