Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : naik ke atas atau melompat tinggi (bola, perahu yg dipukul ombak, dll); berlambung-lambung, berlambung-lambungan 1. saling melambung sesuatu (dlm kumpulan dan menggunakan beberapa biji bola): mereka ~ bola dlm permainan itu; 2. melambung bola berulang-ulang: anak kecil itu ~ bola seorang diri; melambung 1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib, kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki memberi pujian atau sanjungan yg tinggi; setinggi­-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke asalnya; melambungkan 1. menaikkan atau mem­buang tinggi-tinggi: ada yg bersorak sambil ~ senjatanya; 2. memberikan puji-pujian atau sanjungan yg tinggi; ~ dada ark sombong, membesarkan diri; terlambung, terlambung-lambung terloncat (terhumban) tinggi-tinggi: kereta yg mereka tumpangi terlambung-lambung menghempas­kan penumpang di dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hal naik tinggi ke atas (bkn bola, perahu dipukul ombak dsb): Bola yg ditendang itu ~nya tinggi. melambung 1 naik atau melantun ke atas (spt bola, perahu yg dipukul ombak dll). 2 memuncak naik (ttg harga dsb): Pd masa itu, harga getah ~ tinggi. melambungkan menaikkan atau membuang sesuatu tinggi-tinggi: Mereka bersorak-sorak sambil ~ topi kerana gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambung
Kata Terbitan : melambung, terlambung-lambung,

Puisi
 

Kapal kecil roda lambung,
     Naik ke darat pasang teropong;
Orang muda kacak melambung,
     Songkok senget saku kosong.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
selambot[s«.lAm.bot]kata namasejenis permainan lambung dan sambut yang menggunakan beberapa butir batu dan sebagainya (boleh dimainkan secara perseorangan atau lebih) seremban; batu tujoh, lambong kelin, lambong tujoh.Kak dengan adek pompuan aku suka sangat maen selambot.[kAk d«.NAn A.de/ pom.pu.wAn A.ku su.kA sA.NAt mAen s«.lAm.bot]Kakak dengan adik perempuan saya begitu gemar bermain seremban.
lambong tujoh[lAm.boN tu.dZoh] sejenis permainan lambung dan sambut yang menggunakan beberapa butir batu dan sebagainya (boleh dimainkan secara perseorangan atau lebih) seremban; batu tujoh, lambong kelin, selambot.Kak dengan adek pompuan aku suka sangat maen lambong tujoh.[kAk d«.NAn A.de/ pom.pu.wAn A.ku su.kA sA.NAt mAen lAm.boN tu.dZoh]Kakak dengan adik perempuan saya begitu gemar bermain seremban.
lambong kelin[lAm.boN k«.lin] sejenis permainan lambung dan sambut yang menggunakan beberapa butir batu dan sebagainya (boleh dimainkan secara perseorangan atau lebih) seremban; batu tujoh, lambong tujoh, selambot.Kak dengan adek pompuan aku suka sangat maen lambong kelin.[kAk d«.NAn A.de/ pom.pu.wAn A.ku su.kA sA.NAt mAen lAm.boN k«.lin]Kakak dengan adik perempuan saya begitu gemar bermain seremban.
batu tujoh[bA.tu tu.dZoh] sejenis permainan lambung dan sambut yang menggunakan beberapa butir batu dan sebagainya (boleh dimainkan secara perseorangan atau lebih) seremban; lambong kelin, lambong tujoh, selambot.Kak dengan adek pompuan aku suka sangat maen batu tujoh.[kAk d«.NAn A.de/ pom.pu.wAn A.ku su.kA sA.NAt mAen bA.tu tu.dZoh]Kakak dengan adik perempuan saya begitu gemar bermain seremban.
barin[bA.Òin]kata namarusuk bukit, tepi bukit, lambung bukit, lereng bukit.Akaq ubat tu saya dapat kat barin matahari jatoh Gunung Jerai.[A.kAâÖ u.bAt tu sA.jA dA.pAt kAt bA.Òin mA.tA.hA.Òi dZA.toh gu.nuN dZ«.ÒAj]Akar ubat itu saya peroleh di rusuk Gunung Jerai sebelah matahari jatuh.

Kembali ke atas