Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (lébar) 1. lapang (kawasan dll), luas, tidak sempit: Jawa Tengah tidak se~ Jawa Barat dan Jawa Timur; 2. lintang (lwn panjang) pd sesuatu kawasan: ~ tanah ini kira-kira dua puluh meter; ia tersenyum ~; ~ mulut (orang yg) banyak cakap; melebar menjadi (lebih) lebar: senyuman Datuk Ujang yg sudah tumpas tadi ~ semula; melebarkan membuat jadi lebar, melapang­kan, meluaskan: mereka datang hendak ~ tanah jajahan mereka; ~ jalan-jalan yg sempit; memperlebar menjadikan lebih lebar; kelebaran keadaan lebar; pelebaran perihal atau perbuatan melebar­kan, peluasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi orang terjun ke dlm air, cebur; ~-lebu bunyi spt bunyi denyutan jan­tung yg kencang (kerana terperanjat dll), berdebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /lébar/ 1 tidak sempit; luas (bkn kawasan); lapang: Jalan di sana ~-~ belaka. 2 lintang sesuatu bidang (lw panjang): ~ kawasan itu ialah 10 meter dan panjangnya 30 meter. melebar menjadi lebar: Senyumnya makin ~ sewaktu melihat telatah anaknya. melebarkan menjadikan lebar; membesarkan; meluaskan: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan. memperlebar menjadikan lebih lebar: Kerja-kerja ~ jalan raya itu dilakukan pd waktu malam. pelebaran perbuatan, hal dsb melebar atau melebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebar
Rujuk :lapang

Puisi
 

Tanam tebu beruas-ruas,
     Tanam dari tepi telaga;
Lautan lebar bukankah luas,
     Kenapa kapal selalu berlaga?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menghubung hendak panjang,
     menyebar hendak lebar.

Bermaksud :

Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dapoq[dA.pâÖ]kata nama1. ukuran tradisional bagi keluasan tanah, iaitu satu jemba lebar dan satu jemba panjang, bersamaan dengan 19.2 meter (64 kaki) persegi (Catatan: satu relung bersamaan dengan 484 dapoq).Depa dapat hareta pesaka sorang serelong lima puloh dapoq.[dE.pA dA.pAt hA.Ò«.tA p«.sA.kA s.ÒAN s«.Ò«.loN li.mA pu.loh dA.pâÖ]Mereka mendapat harta pesaka sebanyak satu relung lima puluh jemba setiap orang.
inci[in.tSi]kata kerjaberleter, memarahi, menasihati atau menegur kerana terlalu geram atau dendam (biasanya dengan panjang lebar) (kiasan).Lepaeh keluaq bilek bos, muka dia merah padam pasai dia kena inci dengan bos.[l«.pAEh k«.lu.wA)Ö bi.le/ bos mu.kA di.jA mE.ÒAh pA.dAm pA.sAj di.jA k«.nA in.tSi d«.NAn bos]Selepas keluar dari bilik itu, mukanya merah padam kerana dimarahi oleh ketua.

Kembali ke atas