Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bat] | لبت

Definisi : 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll): rambutnya ikal, ~ dan hitam; kian lama kian jauh perjalanan kita, kian lama kian ~ rimba yg dituju; pokok ini ~ buahnya; 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll): hujan yg turun dgn ~nya pd pagi itu masih belum sidang-sidang lagi; 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb): dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yg ~ corak emasnya dlm masa dua belas hari sahaja; melebat menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dll): hujan mula ~ kembali; melebatkan menjadikan atau menyebabkan lebat: minyak yg dikatakan dapat ~ rambut; sj baja yg digunakan utk ~ buah mangga setiap kali musim berbuah; kelebatan perihal lebat (hujan); pelebat (bahan) yg melebatkan: lemak udang pula boleh dijadikan bahan ~ rambut atau bulu roma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bat] | لبت

Definisi : 1 banyak dan rapat tumbuhnya (bkn rambut, bulu, buah, bunga dll): Buah jambu itu sangat ~. Bulu keningnya ~ dan hitam. 2 banyak lagi tebal (bkn hujan, embun): ~ betul hujan petang tadi. melebat menjadi lebat (bkn buah-buahan, hujan dsb): Hujan ~ semula. melebatkan menjadikan lebat: Utk ~ buahnya, kita terpaksa membantu dlm proses pendebungaannya. kelebatan keadaan atau hal lebat: ~ rambut. pelebatan perbuatan, hal dsb melebat atau melebatkan. pelebat bahan yg melebatkan: ~ rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebat
Rujuk :tebal

Puisi
 

8Betapa lebat bunga remia,
     Lebat lagi bunga pegaga;
Betapa hebat pakaian dunia,
     Hebat lagi pakaian syurga.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Mengenalkan diri bagai pisang lebat.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana perbuatannya atau tabiatnya sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
wok[w/]kata namanama tahun kesembilan dalam pusingan 12 tahun kiraan piama, 1980, 1992, 2004, tahun kera.Dalam taon wok ujan memanjang masa ujong taon, tapi tak lebat, tiruih macam ekoq kera.[dA.lAm tAon w/ u.dZAn m«.mAn.dZAN mA.sA u.dZoN tAon tA.pi tA/ l«.bAt ti.Òuih mA.tSAm E.k)Ö k«.ÒA]Pada tahun kera, hujan memanjang tidak berhenti-henti pada hujung tahun, tetapi tidaklah lebat, cuma tirus seperti ekor kera. sahaja.
jujoh[dZu.dZoh]kata adjektifberkenaan dengan buah-buahan, ikan dan sebagainya yang banyak atau lebat pada musim-musim tertentu.Kalu hang nak makan derian, pila kat duson dia, masa derian tengah jujoh sebulan lagi.[kA.lu hAN nA/ mA.kAn d«.Òi.jAn pi.lA kAt du.son di.jA mA.sA d«.Òi.jAn te.NA dZu.dZoh s«.bu.lAn lA.gi]Kalau hendak makan durian, pergilah ke dusunnya semasa buah durian sedang banyak, kira-kira sebulan lagi.
menceruih[m«n.tS«.wuih]kata adjektifkeadaan kumpulan ikan (paya, sungai dan lain-lain) yang mabuk akibat daripada perubahan habitat atau alam sekitar (hujah lebat, air melimpah, percampuran air masin dengan air tawar) dan sebagainya.Dia dapat ikan banyak pasai pi saok ikan dok menceruih.[di.jA dA.pAt i.kAn bA.øA/ pA.sAj pi sAo/ i.kAn do/ m«n.tS«.wuih]Dia mendapat banyak ikan dengan cara menyauk kumpulan ikan yang sedang mabuk.

Kembali ke atas