Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.kas] | لکس

Definisi : tidak lambat atau lengah, cepat, segera: ~ benar hari malam rasanya, kerja awak sedang terbengkalai; selekas; ~ mungkin = selekas-lekasnya paling lekas, paling awal, secepat-cepatnya; lekas-lekas dgn lekas (sekali), cepat-cepat: ~ Mamat pergi menuju ke sungai; aku ~ keluar dan bersalam dgn mereka; berlekas-lekas sentiasa mahu lekas, ter­gesa-gesa, terburu-buru; melekaskan membuat sesuatu supaya lekas, mencepatkan, menyegerakan: ~ kerja yg baik supaya tidak ditimpa yg buruk; memperlekas membuat sesuatu supaya lebih lekas, mempercepat; pelekas (orang) yg lekas (marah dll): orang yg ~ marah itu lekas sekali memaafkan dan lekas pula menyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.kas] | لکس

Definisi : dlm waktu yg singkat; cepat; segera: ~ pulang kerana hari sudah senja. melekaskan membuat sesuatu supaya lekas; menyegerakan: Utk ~ kerja itu, ia mengambil seorang jurutaip lagi. memperlekas menjadikan lebih lekas. pelekas orang yg lekas (marah, merajuk dll). selekas; ~ mungkin, = selekas-lekasnya paling lekas; secepat mungkin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekas
Rujuk :pantas

Puisi
 

Hari-hari turun ke gua,
     Sarat membawa buah-buahan;
Hari-hari mintakan doa,
     Lekas bertemu mudah-mudahan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kalau boros lekas kerugian.

Bermaksud :

Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
celapak[tS«.lA.pA/]kata adjektifcepat-cepat, lekas-lekas, segera (terkam, berlari dan sebagainya).Bila nampak pak dia mai, dia celapak pi kat pak dia.[bi.lA nAm.pA/ pA/ di.jA mAj di.jA tS«.lA.pA/ pi kAt pA/ di.jA]Apabila nampak sahaja bapanya datang, dia terus cepat-cepat mendapatkannya.

Kembali ke atas