Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
melepat[m«.l«.pAt]kata adjektifberkenaan tilam, bantal dan lain-lain yang basah atau lembap.Lembek tu melepat, kena kencin anak dia.[lEm.bE/ tu m«.l«.pAt k«.nA k«n.tSin A.nA/ di.jA]Tilam itu lembap, kerana dikencing oleh anaknya.
doyok[d.j/]kata adjektifbodoh atau lembap.Budak ni doyok sunggoh, suruh kera satu sampai sepuloh pon dia tak tau.[bu.dA/ ni d.j/ suN.goh su.Òoh kE.ÒA sA.tu sAm.pAj s«.pu.loh pon di.jA tA/ tAw]Budak ini bodoh sungguh, disuruh mengira satu hingga sepuluh pun dia tidak tahu.
mandok[mAn.do/]kata adjektifpemalu, tidak cergas, lembap; bandok.Dia tu mandok sunggoh, nak dengaq sora dia pon susah.[di.jA tu mAn.do/ suN.goh nA/ d«.NAâÖ s.ÒA di.jA pon su.sAh]Dia itu pemalu sungguh, sehingga sukar hendak didengar suaranya.
bandok[bAn.do/]kata adjektifpemalu, tidak cergas, lembap; mandok.Dia tu bandok sunggoh, nak dengaq sora dia pon susah.[di.jA tu bAn.do/ suN.goh nA/ d«.NAâÖ s.ÒA di.jA pon su.sAh]Dia itu pemalu sungguh, sehingga sukar hendak didengar suaranya.
bedenel[b«.dE.nEl]kata adjektifberkenaan kudis atau penyakit kulit pada anggota badan seperti mata, telinga dan lain-lain dalam keadaan basah, melekit, berair, lembap dan sebagainya; bedene.Kude hang tu dok bedenel, hang tak buboh ubatka?[ku.de hAN tu do/ b«.dE.nEl hAN tA/ bu.boh u.bAt.kA]Kudis kamu sentiasa berair, tidakkah kamu bubuh ubat.
bedene[b«.dE.nE]kata adjektifberkenaan kudis atau penyakit kulit pada anggota badan seperti mata, telinga dan lain-lain dalam keadaan basah, melekit, berair, lembap dan sebagainya; bedenel.Kude hang tu dok bedene, hang tak buboh ubatka?[ku.de hAN tu do/ b«.dE.nE hAN tA/ bu.boh u.bAt.kA]Kudis kamu sentiasa berair, tidakkah kamu bubuh ubat.
makngot[mA/.Nt]kata adjektifberkenaan orang yang tidak cergas atau lembab.Makngot betoi budak tu, suroh kupeh nyoq sebijik pon dekat setengah jam baru sudah?[mA/.Nt b«.toj bu.dA/ tu su.Òoh ku.pAEh ø)Ö s«.bi.dZi/ pon d«.kAt s«.t«.NAh dZAm bA.Òu su.dAh]Lembap benar budak itu, disuruh mengupas kelapa sebiji pun hampir setengah jam baru siap?
cekop tiang[tS«.kop ti.jAN]kata namasejenis permainan kanak-kanak, iaitu (mendakap) tiang yang bilangannya kurang daripada bilangan pemain. (Misalnya empat tiang untuk direbut oleh lima orang pemain).Genap-genap kali maen cekop tiang, Dogoi seluloi kalah pasai dia lekeh sikit.[g«.nAp.g«.nAp kA.li mAen tS«.kop ti.jAN d.gj se.lu.loj kA.lAh pA.sAj di.jA lE.kEh si.kit]Setiap kali bermain cekup tiang, Dogol selalu kalah kerana dia agak lembap.

Kembali ke atas