Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ma.yan] | لوماين

Definisi : 1. cukup, agak banyak, sederhana (pendapatan, hasil, dll): jumlahnya tidak banyak tetapi ~; 2. banyak sekali, mewah: berbelanja besarlah anda pd hari itu kerana telah mendapat hadiah yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ma.yan] | لوماين

Definisi : agak banyak; cukup juga: Gajinya memang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumayan (adjektif,)
Bahasa Asal :Jawa
Bersinonim dengan banyak, mewah, sederhana, berpada-pada, sedang, mending;,

Peribahasa

99

Every cloud has a silver lining

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Ada rahmat yang tersembunyi

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But every cloud has a silver lining. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi ada rahmat yang tersembunyi. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pakyet[pA/.jet]kata namatali barut, barua, mancakari, pinang muda.Dia sanggop jadi pakyet kat ibu ayam tu pasai dapat banyak duet.[di.jA sAN.gop dZA.di pA/.jet kAt i.bu A.jAm tu pA.sAj dA.pAt bA.øA/ du.wet]Dia sanggup menjadi barua kepada ibu ayam itu kerana mendapat upah yang lumayan.

Kembali ke atas