Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 badan yg mengurus sesuatu dgn mengadakan mesyuarat; lembaga; jawatankuasa: ~ Tertinggi UMNO; ~ Tempatan. 2 perjumpaan orang ramai utk sesuatu tujuan; keramaian: ~ perkahwinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majlis (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,

2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.,


Puisi
 

Cinta sayang dari Perlis,
     Dibawa menari dalam majlis;
Saya umpama kain putih,
     Sebarang warna boleh ditulis.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai budak menyapu ingus.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
campen[tSAm.pen]kata namatergendala, terhalang, terganggu dan sebagainya.Majeleh hak baru nak mola jadi campen pasai pengerusi majlis dok tak dok pengsan.[mA.dZ«.leh hA/ bA.Òu nA/ m.lA dZA.di tSAm.pen pA.sAj p«.N«.Òu.si mA.dZ«.leh do/ tA/ do/ pEN.sAn]Majlis yang baru hendak bermula menjadi tergendala kerana pengerusi dengan tiba-tiba pengsan.
qulhu[qul.hu]kata namamajlis tahlil untuk orang yang telah meninggal duna; kulhu.Samad pangge orang surau ke rumah dia malam isok pasai nak buat kulhu kat arwah ayah dia.[sA.mAd pAN.gE .ÒAN su.ÒAw k« Òu.mAh di.jA mA.lAm i.s/ pA.sAj nA/ bu.wA qul.hu kAt Ar.wAh A.jAh di.jA]Samad menjemput jemaah dari surau hadir ke rumahnya pada malam esok kerana kenduri arwah untuk ayahnya akan diadakan.
kulhu[kul.hu]kata namamajlis tahlil untuk orang yang telah meninggal duna; qulhu.Samad pangge orang surau ke rumah dia malam isok pasai nak buat kulhu kat arwah ayah dia.[sA.mAd pAN.gE .ÒAN su.ÒAw k« Òu.mAh di.jA mA.lAm i.s/ pA.sAj nA/ bu.wA kul.hu kAt Ar.wAh A.jAh di.jA]Samad menjemput jemaah dari surau hadir ke rumahnya pada malam esok kerana kenduri arwah untuk ayahnya akan diadakan.
cangkat sila[tSAN.kAt si.lA] tempat tinggi di tengah-tengah balai majlis kenduri, pentas, platform.Suroh orang hak nak baca Kuran tu dok ataeh cangkat sila.[su.ҍh .ÒAN hA/ nA/ bA.tSA kur.An tu do/ A.tAeh tSAN.kAt si.lA]Suruhlah pembaca Quran itu duduk di atas cangkat sila.
mentara[m«n.tA.ÒA]kata namaorang yang membawa dan menghidang makanan dalam sesuatu majlis jamuan, pelayan.Orang muda-muda elok jadi mentara, depa kuat berulang-alek dari tempat beridang ke balai.[.ÒAN mu.dA.mu.dA E.lo/ dZA.di m«n.tA.ÒA dE.pA ku.wAt b«.Òu.lAN.A.le/ dA.Òi t«m.pAt b«.Òi.dAN k« bA.lAj]Orang mudalah yang elok jadi pelayan, kerana mereka cergas untuk berulang alik dari tempat berhidang makanan ke balai.
ambaq-ambaq[Am.bAâÖ.Am.bAâÖ]kata namabekas air wangi yang digunakan untuk merenjis pengantin di majlis perkahwinan.Campoq minyak ataq dengan ayaq panaeh, buboh dalam ambaq- ambaq, habuan nak rinjeh-rinjeh satni.[tSAm.pâÖ. mi.øA/ A.tAâÖ d«.NAn A.jAâÖ pA.nAEh bu.boh dA.lAm Am.bAâÖ.Am.bAâÖ hA.bu.wAn nA/ Òin.dZeh.Òin.dZeh sAt.ni]Campurkan minyak atar dengan air panas dan bubuh ke dalam ambar-ambar untuk direnjis-renjis nanti.
dikiaq[di.ki.jAâÖ]kata namalagu tradisi Melayu di Kedah yang dinyanyikan secara berkumpulan (biasanya orang lelaki). Liriknya daripada kitab Syaraful Anam (kitab berzanji). Dinyanyikan pada malam hari (biasanya hingga hampir pagi) pada majlis perkahwinan, berkhatan, berkhatam QurOrang bedikiaq kena minum banyak srebat campoq bijik selaseh.[.ÒAN b«.di.ki.jAâÖ k«.nA mi.num bA.øA/ sÒ«.bAt tSAm.pâÖ bi.dZi/ s«.lA.seh]Orang yang berdikir perlu banyak meminum air sirap tanpa ais yang dicampur dengan biji selasih.
tecokoh[t«.tS.kh]kata adjektiftersedia, tercegat, telah hadir.Awai-awai lagi dia dah tecokoh kat majeleh tu.[A.wAj.A.wAj lA.gi di.jA dAh t«.tS.kh kAt mA.dZ«.leh tu]Awal-awal lagi dia sudah tercegat di majlis itu.
menyerama[m«.ø«.ÒA.mA]kata kerjamerebut, mengambil peluang, menyondol, bermuka-muka.Majelih tu bagi orang-orang tetentu saja, tapi dia menyerama masok nak besalam dengan menteri.[mA.dZ«.lih tu bA.gi .ÒAN..ÒAN t«.t«n.tu sA.dZA tA.pi di.jA m«.ø«.ÒA.mA mA.so/ nA/ b«.sA.lAm d«.NAn m«n.t«.Òi]Majlis itu hanya khas untuk orang-orang tertentu saja, tetapi dia mengambil peluang masuk untuk bersalam dengan menteri.

Kembali ke atas