tenggak | [t«N.gA/] | kata nama | ketika, masa, waktu. | Tenggak kita nak makan dia pon mai. | [t«N.gA/ ki.tA nA/ mA.kAn di.jA pon mAj] | Ketika kita hendak makan dia pun sampai. |
jujoh | [dZu.dZoh] | kata adjektif | berkenaan dengan buah-buahan, ikan dan sebagainya yang banyak atau lebat pada musim-musim tertentu. | Kalu hang nak makan derian, pila kat duson dia, masa derian tengah jujoh sebulan lagi. | [kA.lu hAN nA/ mA.kAn d«.Òi.jAn pi.lA kAt du.son di.jA mA.sA d«.Òi.jAn te.NA dZu.dZoh s«.bu.lAn lA.gi] | Kalau hendak makan durian, pergilah ke dusunnya semasa buah durian sedang banyak, kira-kira sebulan lagi. |
peruwap | [p«.Òu.wAp] | kata kerja | meletakkan sesuatu (berkenaan ubi, kacang, bunga, ulam dan lain-lain) di atas nasi yang hampir masak dalam periuk untuk melembutkan bahan tersebut. | Tulong peruwap sat terong ni, kita nak buat ulam makan nasik sat lagi. | [tu.loN p«.Òu.wAp sAt t«.ÒoN ni ki.tA nA/ bu.wAt u.lAm mA.kAn nA.si/ sAt lA.gi] | Tolong peruwap terung ini untuk kita jadikan ulam masa makan nasi sebentar lagi. |
bunga geti | [bu.NA g«.ti] | | sejenis bentuk gubahan (dengan tangan) motif bunga daripada tepung adunan, untuk membuat kuih kering (dibakar atau digoreng). | La ni orang dok buat lagi kue kerin bentok bunga geti, baulu ikan, loyang dengan peneram. | [lA ni .ÒAN do/ bu.wAt lA.gi kue k«.Òin b«n.to/ bu.NA g«.ti bu.wAh hu.lu i.kAn lo.jAN d«.NAn p«.nE.ÒAm] | Pada masa ini kita masih lagi membuat kuih kering bentuk bunga geti, baulu ikan, loyang dan peneram. |