Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sa.kan] | ماسقن

Definisi : mana boleh; masa II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sa.kan] | ماسقن

Definisi : 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat mema-kan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sa.kan] | ماسقن

Definisi : mana boleh, tidak akan­lah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tumbuh, ~ bumi tidak terima; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sa.kan] | ماسقن

Definisi : barang apa yg dimasak (spt lauk-pauk); hasil drpd memasak; cara memasak: Saya lebih gemar memakan ~ Melayu. ~nya lazat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.sa.kan] | ماسقن

Definisi : mana boleh; tidak mungkin; mustahil: Dia orang bijak, ~ dia tidak mengerti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masak (adjektif)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan tua, matang, ranum,
Berantonim dengan muda

2. Dalam konteks daging
bersinonim dengan empuk, lembut, lunak,
Berantonim dengan mentah

2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua,
Berantonim dengan mentah

Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak,

Puisi
 

Kalau tidak lembu Pak Jamal,
     Masakan badan hancur dan lumat;
Kalaupun tidak ilmu dan amal,
     Bilakan badan boleh selamat?


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kayu bengkok,
     masakan lurus bayangannya!

Bermaksud :

Orang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
awaeh[A.wAEh]kata kerjamengagihkan dan mencampurkan ramuan-ramuan masakan atau makanan.Sapa awaeh gulai ni, rasa dia sedap sunggoh.[sA.pA A.wAEh gu.lAj ni ÒA.sA di.jA s«.dAp suN.goh]Siapa yang mengagihkan dan mencampurkan ramuan-ramuan gulai ini, rasanya sungguh sedap.
ruat[Òu.wAt]kata adjektif1. mampu, upaya, berdaya, mampu, boleh, larat.Tok wan dah tua, mana nak ruat jalan jaoh.[to/ wAn dAh tu.wA mA.nA nA/ Òu.wAt dZA.lAn dZAoh]Datuk sudah tua, masakan mampu berjalan jauh.
capcap[tSAp.tSAp]kata adjektifberkenaan makanan yang tidak terlalu berkuah, atau berkenaan sawah yang tidak terlalu banyak airnya, cukup-cukup.Nak bagi sedap masak toyu tu, kuah dia kena capcap saja.[nA/ bA.gi s«.dAp mA.sA/ to.ju tu ku.wAh di.jA k«.nA tSAp.tSAp sA.dZA]Kalau hendak menambahkan sedap masakan berkicap itu, kuahnya hendaklah cukup-cukup sahaja.

Kembali ke atas