Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sin] | ماسين

Definisi : rasa spt rasa garam, asin; ~ lidah (mulut) apa yg dikatakan semuanya terjadi (kejadian dll), perkataannya dituruti (diterima) orang; ~ perkataannya perkata­annya dituruti (dikabulkan dll) orang; air ~ air laut; telur ~ telur yg telah diasinkan (dgn cara memeram dlm air garam); belum tahu di~ garam prb masih belum mempunyai pengalaman; garam kami tidak ~ padanya prb perkataan kami tidak dipe­dulikan; memasinkan menjadikan sesuatu masin: air laut yg melimpah itu telah ~ tanah yg terletak di sepanjang pantai itu; kemasinan perihal masin (air dll), rasa masin; pemasinan proses (perbuatan) memasinkan: ~ ikan-ikan itu mudah dilakukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sin] | ماسين

Definisi : (be)rasa spt rasa garam; asin: ikan ~; air ~. ~ lidah (mulut) a. apa-apa yg dikatakannya betul-betul berlaku. b. segala katanya diturut orang. memasinkan membuat jadi masin; menjadikan masin. kemasinan keadan atau rasa masin: Ibu mengurangkan ~ kuah itu dgn menambahkan air ke dlmnya. pemasinan perbuatan atau hal memasinkan: proses ~ ikan. pemasin orang yg suka makan makanan yg masin; orang yg makan makanan yg lebih masin berbanding dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masin (adjektif)
Bersinonim dengan asin, payau;,
Kata Terbitan : memasinkan, kemasinan, pemasinan,

Puisi
 

Jangan dijeruk asam belimbing,
     Kalau tak masin ditambah garam;
Jangan ditengok di luar dinding,
     Kalau sudi masuk ke dalam.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Lidahnya masin.

Bermaksud :

Perkataannya diturut, permintaannya diterima. (Biasa juga: Garamnya yang masin).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. mengambil atau menghabiskan sedikit demi sedikit; geret.Mana kedai tu tak lingkop, masin-masin dok karau duet masok poket sendiri.[mA.nA k«.dAj tu tA/ liN.kop mA.sin.mA.sin do/ kA.ÒAw du.wet mA.so/ p.kEt s«n.di.Òi]Kedai itu bangkrap kerana masing-masing mengambil wangnya masuk ke saku sendiri.
menceruih[m«n.tS«.wuih]kata adjektifkeadaan kumpulan ikan (paya, sungai dan lain-lain) yang mabuk akibat daripada perubahan habitat atau alam sekitar (hujah lebat, air melimpah, percampuran air masin dengan air tawar) dan sebagainya.Dia dapat ikan banyak pasai pi saok ikan dok menceruih.[di.jA dA.pAt i.kAn bA.øA/ pA.sAj pi sAo/ i.kAn do/ m«n.tS«.wuih]Dia mendapat banyak ikan dengan cara menyauk kumpulan ikan yang sedang mabuk.

Kembali ke atas