Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya me­nyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpe­daya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,

Puisi
 

Matahari mancar di hulu,
     Mahabagi kambang balunka;
Amun ading mati tadahulu,
     Hadangi aku di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Matahari tengah gerhana.

Bermaksud :

Berwajah muram kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
barin[bA.Òin]kata namarusuk bukit, tepi bukit, lambung bukit, lereng bukit.Akaq ubat tu saya dapat kat barin matahari jatoh Gunung Jerai.[A.kAâÖ u.bAt tu sA.jA dA.pAt kAt bA.Òin mA.tA.hA.Òi dZA.toh gu.nuN dZ«.ÒAj]Akar ubat itu saya peroleh di rusuk Gunung Jerai sebelah matahari jatuh.
merlit[m«Ò.lit]kata adjektifberkilat, merlip, merlap, berkilau, bersinar.Kereta baru tu nampak merlit bila kena matari.[k«.ÒE.tA bA.Òu tu nAm.pA/ m«Ò.lit bi.lA k«.nA mA.tA.Òi]Kereta baru itu kelihatan berkilat apabila terkena matahari.

Kembali ke atas