Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Peribahasa

Sejernih-jernih air,
     kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Bermaksud :

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyeh[øEh]kata kerjamenghembuskan hingus melalui hidung (biasanya dengan menutup sebelah lubang hidung dengan jari atau sapu tangan).Dia demam sesema, pasai tu la dia dok nyeh hingueh sampai merah idong.[di.jA d«.mAm s«.s«.mA pA.sAj tu lA di.jA do/ øEh hi.Nueh sAm.pAj m«.ÒAh i.doN]Dia demam selesema, sebab itu dia terpaksa membuang hingusnya berkali-kali sehingga merah hidungnya.
nasik tangaeh[nA.si/ tA.NAEh] perbuatan isteri yang jahat untuk membodohkan suaminya dengan cara memperbomohkan melalui nasi yang bercampur najis. Nasi yang dibubuh kotoran najis dengan jampi serapah itu diberi makan kepada suami agar menurut kata, tidak melawan malah menjadi seolah-Bini deraka hak bagi laki dia makan nasik tangas tentu jadi isi neraka.[bi.ni d«.ÒA.kA hA/ bA.gi lA.ki di.jA mA.kAn nA.si/ tA.NAEh t«n.tu dZA.di i.si n«.ÒA.kA]Isteri durhaka yang memberi suaminya makan nasi tangas tentu akan menjadi isi neraka.
cungget[tSuN.get]kata kerjaberlari atau melarikan diri (dengan pantas).Bila nampak orang mai kutep utang, dia pon cungget ikot pintu belakang.[bi.lA nAm.pA/ .ÒAN mAj ku.tep u.tAN di.jA pon tSuN.get i.kot pin.tu b «.lA.kAN]Apabila ternampak orang mengutip hutang datang, dia pun segera melarikan diri melalui pintu belakang.

Kembali ke atas